Saturday, 21 February 2015

The late post.. Sarawak trip

Untuk saya, definition untuk the "best trip" ialah trip yang smooth, walaupun pegi sorang-sorang tanpa orang yang dikenali, tapi kebanyakan orang yang kita jumpe dekat tempat yang sangat alien bagi kita tu sangat helpful. 

Sebenarnya, trip ke Sarawak ni lebih kepada market visit untuk kerja. This is my 2nd visit to Sarawak. Too bad. Kedua-dua trip pun sebab kerja, dan pegi ke sana sorang-sorang. Does this statement make me look super cool? 

Last time, I pergi Sarawak duduk kat hotel murah je sebab last minit approval from my dear lovely sayang boss. Tiket Air Asia untuk return Sarawak ke KL pun dah cecah RM 1,400 kot mase tu. Duduk hotel murah sebab semua hotel dah full. Congrats ye boss! Haha

This time, I stay dekat Citadine Upland Kuching. Lokasi strategik, sebab boleh cross jambatan untuk pegi Spring Mall. Yeay! Spring Mall ni ibarat macam Mid Valley dekat Kuching. 

Untuk review Citadine Upland Kuching, I nak bagi 4 stars out of 5. Actually, I akan bagi full star kalau menu breakfast dia memuaskan hati. Hehe. Tapi, I truly enjoy Mee Kolok goreng yang you serve mase I duduk situ. At least ada jugak something yang memorable kan.


I sempat jugak pegi Jong crocodile farm. My initial taught is it is just like any other crocodile in the zoo. Tapi, sangkaan itu meleset serta merta lepas kami kena kejar dengan buaya. Pucat lesi ok! Walaupun kena kejar dengan buaya yang ada dalam sangkar, tapi feeling dia macam cerita Jurassic Park. 


Tengok, semuanya nampak natural kan? No wonder la buaya kat sini sihat. Entrance untuk outsider macam saya dalam RM35 kot. Untuk local Sarawakian je dapat special price. So, you really treat me like foreigner walaupun I pun Malaysian jugak. 

Sedikit sebanyak baru I faham pasal Bujang Senang. Nak tengok kawan Bujang Senang? Here you go!


I bukan nak besar-besarkan cerita. Tapi, seriously buaya kat sini lebih active dari Zoo Negara kat KL tu. First time I enjoy tengok buaya sebab banyak aksi stunt dan nampak aksi buaya libas kawan sendiri sampai kaki rase sejuk menggigil. Hehe. Penakut rupanye.


Dan gambar diatas ialah antara kolam untuk breeding purpose. I cuma terfikir satu je. Kenapa ekosistem kite memerlukan buaya walaupun indirectly buaya ni bahaya untuk manusia. Kenapa ye? Sebab nak buat handbag? 

Satu benda yang paling emotional masa dekat entrance tu ialah, diorang siap record dah berapa banyak manusia yang kena serang buaya. Tapi, takde pulak record untuk berapa banyak buaya dah kena korban dengan manusia untuk buat kasut & handbag. Just a concern..

Dekat sini bukan je ade buaya, tapi ade jugak mini zoo. So, tak dikira membazir kalau datang. Macam orang yang high curiosity macam saya, rasenye worth it. Haha




Third day ke Sarawak, kawan bawak pegi visit Cultural Village. I sebenarnya blur, tak pasti ape yang ada dekat cultural village tu. Curious jugak. Cultural village ni kalau dari bandar Kuching, jalan die menghala ke Gunung Santubong. Kawan I cakap kena pakai UV protection cream sebab panas.

Actually, I tak bawak pun UV protection bagai sebab main purpose datang Sarawak sebab market visit. Hihi.


I suka sangat Cultural Village ni Sebab bukan senang nak fefeeling masuk rumah panjang. I memang teringin nak tengok rumah panjang sebab nak tau, panjang sangat ke rumah panjang. Hihi. Tapi, dalam masa yang sama, kalau nak pegi rumah panjang, I taknak la duduk satu malam kat situ sebab segan pulak duduk ramai-ramai. I kan pemalu (puihh!).


Setiap kaum akan ada signature rumah tersendiri. I pun still nak refresh balik memori. Tapi, I suke rumah orang penan sebab bagi I rumah penan paling unik.


I memang selalu gayat. Anyway, gagahkan diri jugak naik tangga ni. 


Oh ye. Kalau nak datang sini, makesure pakai kasut ye. Kalau tak ade yang menangis teresak-esak.