Friday 25 September 2020

Boleh tak orang islam ziarah orang bukan islam yang meninggal dunia?

 Aku ni dah memang ditakdirkan kerja, surrounded by non-muslim, dan multi-racial jugak. Sebenarnya, bila dah lama, aku suka. Sebab mindset kita tak sama. 

Baru-baru ni, ex-colleague aku meninggal. Dia senior aku masa second job placement. Sebenarnya sangat terkejut. One thing, sebab dalam imaginasi aku ni, selalu ingat dia dalam keadaan yang happy, walaupun sedar kita semua makin tua. Aku dah lost contact dengan dia sebab masetu belum ada Whatsapp. Lost contact macamtu. 

Tapi, aku ada share dekat FB & IG yang aku sedih bila dapat tau news ni. Aku pun nampak yang funeral dia dekat PJ je. So, aku pun tanya la siapa yang pegi funeral tu sebab aku nak pegi. Walaupun dah lost contact, tapi aku nak berterima kasih dekat dia. Sebab kalau bukan sebab dia, takde lah Yati yang sekarang. Agama dia Christian. Aku tunggu lama. Tapi, takde orang yang nak pegi. Sehingga lah aku dapat text dekat IG berbunyi begini:

"Serius la kau nak pegi kebumi. Dia Christian kan?" 

For one moment, aku speechless. Ada 2 benda dalam otak:

1. Opsss.. Alamak, aku lupa check. Boleh ke aku pegi?

2. Eh, takkan la Islam sebegitu dasyat? Islam kan galakkan kita belajar pasal kaum lain, takde diskriminasi. Takkan tak boleh? 

Tapi, aku takut kalau sebenarnya Islam tak bagi. Bukan apa, sebab ini bukan first time aku pegi funeral orang bukan islam. Years back, boss aku meninggal dunia disebabkan cancer. Aku pegi melawat dekat Nirvana. Aku pegi sana 2 hari berturut-turut, sampai la hari yang dia naik van waktu pagi untuk cremation. 

Boss aku yang tu, dia Singaporean. Dia takde sesiapa dekat Malaysia ni. Yang dia ada kakak dia, fly dari Singapore dan jugak husband dia yang PJJ dengan dia. Yang datang melawat memang kami, officemate dan jugak customer. Aku rasa orang Nirvana terkejut tengok aku datang. Masa aku sampai sana, aku sendiri tak pasti macamana nak cari bilik tu. Baru aku tau, dekat Nirvana tu ada banyak bilik. So just pegi cari nama dia, dan follow direction. 

Bila aku sampai, aku jumpa kakak dia. Kakak dia kenal aku sebab aku jelah pun staff dia. Lepastu aku visit dia jugak masa dia sakit. Sedih. Lepastu aku nampak husband dia tengah lipat kertas. Husband dia pun terkejut aku datang. Dia cakap thanks. Boss aku slalu cakap pasal aku dekat dia. Arghhh sedihhh... Lepastu dia suruh tengok rupa boss aku dalam keranda. 

Erm, aku nervous. Sebab aku tak pernah pegi tengok mayat kena kebumi walaupun sedara mara aku sendiri. Sebabnya, kalau sedara terdekat meninggal, aku selalu takde dekat kampung. Aku selalu duduk jauh. Tapi, aku memang tau. Kalau mayat bukan islam, dia dah awet dan siap solek. Boss aku memang nampak macam muka selalu dekat office. Tahan air mata jugak. 

Dia pakai baju cantik. Dekat sebelah dia ada frame muka dia. Dalam coffin tu jugak ada kasut yang dia selalu guna. Ada baju yang dia biasa pakai, spectacles pun ada. Sedihnyaaa.. Ada jugak terbayang. Macamana kalau aku yang mati. Sobsss.. Tapi, aku rasa hari paling sedih masa last day. Before dia hantar nak pegi cremation. Masa dekat tempat bakar tu aku tak pegi. Tapi before dia hantar tu memang ada aktiviti keagamaan. Aku just diam, tunduk masa dia baca something. Boss aku Buddhist. 

Ada jugak masa yang bila monk dia baca something, jalan sambil pusing coffin tu. Lepastu officemate aku bagitau jangan pandang. Aku pun dah lupa kenapa. Tapi, the whole process, aku cuma tunduk bawah je. Aku fikir, tu boss aku. Ni dah last aku jumpa dia. Sedih sangat. Boss aku baik. 

Masa nak bakar tu, aku tak pegi sebab ada hal lain. Kalau aku pegi, mesti sedih gila. Memang semua orang nangis. Ibarat ko tengok kawan ko kena bakar hidup-hidup. Macam tu lah kut aku rasa. 

Boss aku punya abu tu, dia akan tabur dekat sungai. Abu tu dia bawak balik ke Singapore. Duit yang orang donate dia sedekah dekat rumah kebajikan. Diorang pun percaya buat baik, dapat pahala berpanjangan. 

Masa aku pegi funeral boss aku dulu, aku tak kecoh dekat sesiapa. 

Tapi, bila aku rasa tak pasti, better semak JAKIM. 

So, ini yang aku jumpa:

Link JAKIM - Hukum hadir pengkebumian bukan islam

Kesimpulannya, menghadiri pengebumian sahabat-sahabat atau ahli keluarga yang tidak memeluk Islam dan tidak memusuhi Islam, adalah dibolehkan dan tidak ada larangan padanyaQiyas al-aula bagi perkara ini adalah jika memandikan, mengkafankan dan mengebumikan jenazah bukan Muslim pun dibolehkan olah syarak, maka sekadar menghadiri majlis pengebumian bukan Muslim, semestinya tidak menjadi satu kesalahan. Namun begitu, hendaklah dihindari daripada melibatkan diri dengan upacara keagamaan mereka. Kami juga menyarankan kepada masyarakat untuk tidak terburu-buru menghukum atau mengeluarkan pendapat yang boleh mengeruhkan keharmonian dan perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Wallahua’lam.

So, sebenarnya kita boleh pegi ziarah. Tapi, jangan terlibat dengan upacara keagamaan. Aku macam dah buat silap jugak dulu. Sebab aku tak pasti part mana yang related dengan upacara keagamaan. Aku rasa Islam tak bagi libatkan dengan upacara tu untuk elakkan fitnah. Niat asal just nak ziarah untuk kali terakhir. Kalau aku keluar bilik tu tiba-tiba macam tak hormat tetamu lain pula. Mungkin next time kalau ada funeral kena lebih berhati-hati. 

Tapi, mesej dekat sini. Islam tak larang pun nak ziarah orang bukan islam yang meninggal. Ingat tau yang islam bukan agama yang suka pecah belahkan relationship sesama manusia walaupun beza agama. Rasanya, ape yang silap dikalangan kita ialah ilmu. Sama macam aku la. Kalau masetu aku ada ilmu pasal agama lain, aku takde la datang masa last day hari nak buat cremation kalau aku tau yang last day lah hari diorang banyak buat aktiviti agama. 

Kita ni duduk dekat negara yang ada macam-macam agama, kaum.. 

Jadi, harapnya kita lebih sensitive. Semuanya bergantung pada niat kita. 

-The End-

Monday 21 September 2020

Fefeeling tourist idea 1 - Visit muzium negara (edisi PKP)

Disebabkan kita semua tak boleh travel overseas, so meh nak share idea dekat mana tempat yang kita boleh buang masa untuk release stress area KL. Bila fikir balik, ada baiknya tak boleh travel overseas. Jimat sikit duit haha..

Okay, actually sis tak pernah pegi Muzium Negara. So, saje je ajak kawan-kawan pegi visit muzium. Satu hal, kami fikir dekat muzium confirm tak panas. Make up tak cair, rasa selesa, sambil boleh nampak bijak bila pegi muzium. Tema sis and the gang kali ni ialah Geng Baju Kurung. Saje je set theme. Lagipun baju kurung dah berhabuk akibat takde kenduri, dan tak berhari raya. 

Actually, better carpool. Kami lepak kat sini dari 1pm sampai 4.30pm camtu. Kena bayar parking RM12.50 HAHA.. Bukan apa, kami mengkaji sejarah lama sangat.

Entrance fees murah je. Dalam tu ada 3 muzium. Total nak masuk 3 muzium tu tak sampai RM10. 


First check point, study pasal orang asli
Lepastu masuk Muzium Etnologi - study pasal etnik kat Malaysia

Erm, disebabkan dah kenyang before masuk muzium, so kami bertenang je kat dalam tu. Best sebenarnya. Cuma, banyak jugak la gaduh kat dalam tu sesama sendiri. Dapat pulak kawan yang mulut asik nak tanya, lepastu curious memanjang. Penat rupanya jadi diri sendiri. 


Actually knowledge sejarah sis memang teruk gila. Kalau tak, takkan lah dapat B masa PMR kan haha. Spoilll.. 

Datang sini memang membantu sebenarnya. Yela, dulu belaja sejarah pakai buku. Pastu dah la sejenis tak suka membaca. Okay, dekat sini at least dapat visual. Lepastu fakta yang penting tu dia highlight banyak kali. 

Untuk mengelakkan pergaduhan sesama rakan, Google sentiasa membantu. 
Bila dah round almost 3 jam, rasa letih jugak la sebenarnya. Muzium tutup pukul 5pm. So, kalau rasa betul-betul nak cover semua muzium dengan jayanya, datang dari pagi. haha.. Cuma kalau duduk dalam tu, kalau lapar takde nampak makanan. 


Masuk main museum 

Yesss!! That's why la pakai baju kurung best bila datang muzium. Baru ada geng



Okay, kat luar ni memang panas. Pakai sunblock jangan lupa. Eceh

Duduk lepak berjam-jam dalam ni, mesti tertanya-tanya. Diorang ni solat kat mana lah.. Mesti ponteng kan... Jangan risau sissss, ada je surau. Location dia memang kat tengah-tengah. Dekat aje. Kat situ ada telekung. Tapi, better bawak sendiri. Kita tak tau virus melekat kat mana kannn. 

Tapi kan, seriously kena kawal kanak-kanak yang jenis berlari dan menjerit kalah Azlan and the typewriter. Bukan ape, kami yang dah tua bangka ni rasa terganggu. Sikit-sikit okay je. Tapi, jangan sampai jerit dah nak terkeluar paru-paru lepastu berlari macam kat padang okay. 

 

Throwback Penang trip 2017 (Oct)

Trip Penang kali ni macam tiba-tiba je rasa nak pegi. So, lepas kerja terus gerak drive ke Penang. Sepanjang perjalanan hujan lebattttt gila...