Skip to main content

Soalan berkenaan MBA. Walau dah muak, saya jawab

First of all, thanks to Allah and everyone especially my friends that always help me along the way.
Dah complete pun sem 3. Next week dah nak masuk semester 4. Yeay!😃

Diskesempatan ini, saya ingin menjawab soalan ringkas yang sering ditanya oleh rakan-rakan sebaya dan jugak yang tak sebaya pasal MBA. Kadang-kadang sakit jiwa juga nak menjawabnya. Tapi, ada jugak baiknya kalau tanya dari tak tahu kan?

Soalan1: Dapat naik gaji tak lepas dapat MBA
Well, depends pada company nak bagi increment atau pun tak. For me, no increment walaupun kau dapat PHD sebab company yg kerja sekarang akan bagi gaji ikut skill. So, kalau kau rasa lepas MBA skill kau akan bertambah dan melimpah-ruah, confirm kau akan naik gaji. Trust me!

Ada je company yang akan naikkan gaji lepas dapat MBA. 
But, sila lah fikir positive terutamanya kalau kau dah setuju nak sambung belajar MBA, apa motif kau yang sebenar? Nak naik gaji? Self-improvement? Mengejar title? Atau apa? Fikir baik-baik tau.

For me, I sambung MBA sebab sekarang ni involve dengan business related job walhal takde satu habuk pun knowledge pasal business. So, I decide untuk sambung.

Soalan 2: Ape kebaikan atau kesan lepas sambung MBA. Memang berguna ke MBA?
Ini antara kesan kepada diri ini lepas sambung MBA:

1. Pandai tunjuk hebat kat office dengan menggunakan ayat yang nampak genius contohnya "economic of scale concept", concept pricing (price skimming).
2. Kau akan faham lebih bila tengok TV yang berkaitan dengan isu economy dan bursa saham. Contohnya bila dia cakap pasaran ditutup rendah. Lepastu bila kau baca paper pasal segala bagai ratio pasal bursa, kau pun boleh senyum sorang-sorang sambil cakap "YES!!" finally aku faham benda ni.
3. Untuk golongan budak yang lari field macam aku bila bekerja, at least kau akan jadi master dalam bab buat SWOT, dan segala bagai marketing dan business analysis. Benda ni penting sebab akan membantu critical thinking.
4. Kite juga tak memerlukan banker atau orang sales untuk prepare berapa monthly payment nak kena bayar kalau buat loan rumah, dan lain-lain loan.
5. Juga, segala investment pun akan jadi diversified walaupun duit cuma beberapa sen. Tapi itu sangat penting.
6. Faham sikit-sikit pasal islamic concept dalam banking. Dan jugak terlerai persoalan kat kepala pasal mana datang income kalau semua bank apply islamic concept.
7. Faham pasal operation dan betapa detailnya keperluan nak jadi orang operation
8. Mungkin ada jugak orang yang takde basic account akan cakap faham apekah itu COGS. I dah adapt dengan segala terms tu sebab dah culture shock masa first year of working 😃

Soalan 3: Lepas MBA boleh jadi consultant ke?
Aku sendiri tak pasti. Cuma, bergantung pada field masing-masing. Contohnya, lepas MBA ada banyak room untuk develop diri sendiri dan ambik special certification. Contohnya untuk field marketing ada CIM, CIMA untuk accounting. Certification ni akan bantu kome untuk dapat sedikit title di hadapan nama bila nak apply job atau kalau dah lama dalam industry boleh la buat consultancy company yang related dengan field. Honestly lepas keje dalam field dah 4 tahun pun belum confident lagi nak jadi consultant. Tapi, kalau tak cuba sampai bila tak tau kan?

Soalan 4: MBA susah ke tak?
Takde benda yang senang dalam hidup. Kalau semuanya senang, maka semua orang ada MBA. Setiap orang akan experience challenge dan internal conflict dalam diri antara nak proceed atau tak. Especially yang belajar sambil kerja ni. Untuk orang yang dulu dari field biology ke, atau whatsoever yang tak related pun dengan business, maybe a little bit more challenging than others. Tapi, trust me yang maths engineering lebih susah dan lagi sukar nak lulus daripada MBA. It is all about hardwork. Untuk health related field, this is way easier than anatomy and physiology. To my ex-classmate and junior, come on.. Dosimetry lagi susah daripada benda ni. Just that you kena allocate sikit masa untuk study everyday kalau nak dapat 4 flat (Sebabtu aku tak 4 flat. Haha!)

Soalan 5: Hari-hari kena study ke?
Nak menjawab soalan ni agak susah. Sebenarnya kalau nak sekadar lulus dengan angkat topi campak ke langit tapi tak 4 flat macam aku,.. jawapannya ialah tak study hari-hari pun. Saya ialah sejenis yang last minute. Tapi, satu subject tu try tak ponteng lebih 2x sebab kelas pun weekend. Kalau ponteng kelas sekali ibarat ponteng seminggu tau! Selalunya akan gubra bila dah hari Jumaat sebab Sabtu ada kelas/test/presentation. Hehe. Ada beberapa kali yang duduk depan laptop tak toleh kiri kanan sebab tengah panic siapkan kerja. Well, itu semua sweet memories.

Soalan 6: Penat ke tak study
Ofcos la penat. Tido seharian pun letih. Apetah lagi study. Sebagai golongan stray cat macam saya, yang hidup dah sedia ada tak terurus sebab kerja. Dan saje bunuh diri sambung master. Memang la azab. Ketahuilah sejak sambung master badan rasa lesu sebab kita macam tak rest pun dalam seminggu. Tambah pulak sejenis yang kena kerja sampai lewat malam. Tapi, semua tu benda boleh settle kalau ada kemahuan.

Nanti kalau ada soalan lain akan saya tambah lain masa 😏
All the best kepada yang dah daftar MBA.
Your journey will begin soon.

Comments

salam sis..congrats sbb dh berjaya habiskan master..sy tgh konfius nih. sy fresh graduate degree actuarial sc dan nk smbg mba..berbaloi ke? sbb sy dr lain bidang. ambik mba nih selalunye keluar keje ape eh dan ade peluang ke nk jd lecturer? and lastly, bagus ke fresh grad terus smbg master?Kenape yuran mba mahal dr master lain?hehhhehehehe sorry sis byk tnye soalan..terima kasih
nur hayati said…
Wsalam.
1. Nak jawab berbaloi ke tak, up to every individual sebab objective setiap org tak sama. For me, berbaloi sebab course content tu banyak tolong untuk build strong fundamental dlm business. Dulu kite pun lain bidang, tapi skarang keje dalam field business. So, mmg best esp masa ambik account and finance.

2. Lepas MBA likely field lebih luas. But,kena ingat jugak yg MBA ni journey dia pendek. Tak dpt cover byk subject in detail pun. So, jgn expect boleh terus jump diff field esp account/finance. Tapi, kalau nak jump field lain mcm HR,marketing,etc, possible. Nak jadi lecturer, requirement skrg agak susah. But,depend lah lecturer ape. Kalau tibe2 nak jd lecturer marketing, mmg nak kena ada industrial experience.

3. Fresh grad nak smbg master terus ada pro & cons which you kena analyze sendiri. Pro - cepat dpt master, and another step je nak dpt PHD. Cons - lambat generate income sendiri unless ada byk side income. Kalau smbg master better ambik coursework sbb cepat wpun siksa. Kalau dpt opportunity, sila lah kerja. Unless u dpt full scholarship, and family boleh tanggung. Financial support sgt penting.

4. Yuran MBA mahal sbb ada byk subject, and kalau EMBA kebanyakan lecturer ada industrial experience.

Popular posts from this blog

Sambung belajar atau kerja?

Tujuan i tulis kali ni dengan harapan dapat bantu orang yang masih lagi berfikir atau dalam dilema. Nak sambung belajar ke atau terus kerja.. Sama jugak macam kite yang dulu. Still blog walking untuk tau macamana hidup lepas sambung belajar dan kerja.

I cuma nak share. Dulu lepas spm i sambung matrik setahun dan terus grad dapat degree. Alhamdulillah perjalanan tu dipermudahkan tuhan. Dari segi bantuan keewangan pulak, masa degree tu dapat tajaan jpa. So takde concern nak langsaikan pinjaman ptptn. 
Lepas almost nak grad tu, ada apply nak sambung master terus. Siap pegi interview dekat UM, dan apply USM untuk course Msc. Family jenis tak kesah nak sambung belajar. Tapi kite cam segan nak tanya boleh tak nak pinjam duit untuk sambung master dekat parents. Hurmm..
Walaupun i rasa parents akan bagi pinjam kalau mintak, tapi i choose not to. Cukup lah sampai degree. Yg lain kena berdikari sendiri. Lepas grad i kerja jadi RA kat usm. Konon ada niat nak sambung master by research. Tapi rasa…

eLife: Dont be stupid. They just need money.

Sape yang pernah try eLife ni, ade hajat rasa nak berbisnes, nak kaye cepat? Baik try benda lain. Stop jela One Community eLife ni a.k.a dont be stupid.
Product ni (mesin terapi ion) tak pernah bersalah. Tapi, orang yang run business ni dengan cara MLM, desak orang sampai sanggup berhutang, tipu kawan, buat personal loan bagai, itu ialah cara yang salah.
Ada la kurang dari 10 orang ex-student satu universiti dulu masuk eLife ni. Camane diorang boleh join pon aku tak tau. Tapi leader diorang tu, keje kat HKL, tapi bukan doctor, pegawai dalam bidang kesihatan. Dulu, orang panggil die dgn nickname die je, skarang ni, da jadi orang besa la katekan, kena panggil "Encik" walaupon sebaya. Pecaye? haizz
Sebab konon2 die bagos sangat, ramai la budak Uni aku ni, esp yang tak dapat keje lagi, yg dah keje tapi nak lompat keje, masuk benda ni.
Salah ke diorang nak bisnes? Memang tak salah nak bisnes. Tapi, takyah la sampai tipu orang, buat orang sakit hati, kena pinjam duit ribu2, buat …