Friday 3 July 2020

Kenapa susah nak move on dengan Redang?

Btw, ni video aku snorkeling dekat Redang. Kalau korang tengok, seolah-olah kome snorkeling bersama. Jangan mabuk laut ye. Thanks!!



Sebenarnya sis dah 3x pegi Redang. Lepastu setiap kali pegi, asik duduk tempat sama - Redang Reef. Korang please jangan penuhkan tempat ni. Nanti susah pulak aku tak dapat pegi bila rasa stress nak tengok ikan. 

First trip pegi Redang tak ingat bila - tapi kami naik flight dari KL. First time pegi tu, kawan aku ni dia yg manage bilik. Aku settlekan transport memandangkan aku jenis mabuk bas. So, tepaksa la drive atau naik flight. 


Before ni aku dah pegi Perhentian. Tapi, perasaan sampai Perhentian tu tak sama. Kat sini macam rasa impress tengok air dia cantik, bersih. View batu-batu dia pun lawa. 


Sis memang always tak sabo nak terjun laut. 


Benda yang best dekat Redang ni bagi aku la kan. Dia macam peaceful sikit. Kalau Perhentian tu macam komersial sangat. So, ada show api, prempuan sexy macam over sangat. Kat sini macam Oh yessss!! kite masih sopan, dan rupa manusia, tak bitch sangat. 


Each time aku datang sini, walaupun dah 3x still takleh move on. Sila la lempang aku. Pleaseeeeee!!
One thing, aku rasa jarak antara KL-Terengganu tu acceptable. Breakfast nasi dagang tempat biasa. Naik boat masuk Pulau pun not so bad. Tido kejap dah sampai. Maybe sebab aku duduk tempat dah biasa datang. Feel dia macam balik kampung. LOLs

Kat sini ade je baby shark, penyu. Cuma kena cari sikit la. 

Setiap kali aku datang sini, mesti aku rasa macam nak pencen kat sini. Maybe sebab aku nampak hidup yg tenang, tak rush. Kekadang aku fikir jugak. Apebenda yg aku buat sampai rasa letih, busy sangat sampai tak ingat ape. Padahal dunia ni luas, banyak benda yg kita tak tau. Tapi, ni just cerita one side jela. Struggle orang lain kite tak tau. 

Cerita yang pasal trip Redang naik kereta gerak dari KL 11.00pm lalu LPT2 tu memang aku dengan rakan-rakan akan ingat sampai tua. Nasihat sis, please jangan naik kereta dari KL ke Terengganu midnight. Tak elok untuk mata. Takut nampak benda aneh melainkan kau benar-benar berkeyakinan. 

Maybe next time jelah cerita Redang 2.0 lalu LPT2 11.00pm


Credit Card kena game dengan Facebook Ads!

Tujuan sis share dekat sini bukan sebab nak blame sesiapa tau. Just nak guide in case ada antara kita yang experience benda sama. So, I hope it will help you one day. Kejadian ni jadi dalam tempoh MCO, masetu hujung bulan lepas dapat gaji. Aku ni ada habit lepas dapat gaji akan settle rumah dengan kereta dulu. Lepas settle dua benda ni, bila sampai masa free waktu malam aku akan record segala bill yang aku dah bayar every month. Contohnye claim company yang aku belum submit, bill phone, api air semua ada dalam buku tu. Disebabkan aku beli rumah guna CIMB bank, so CIMB ni jahat. Boleh pulak dia buat bundle deal dan tiba-tiba dapat credit card lagi 2 keping. So, niat asal ialah nak terminate existing credit card (Citibank), dan guna je CIMB tu. So, aku pun tuka lah details bill semua pindah ke CIMB, dan nak clearkan Citibank punya balance. 

Aku pun tak faham perangai aku ni. Disebabkan rasa happy hutang tak banyak rasa gembira nak tengok balance credit card zero dekat Citibank tu. So, lepas solat maghrib tunggu waktu isyak tu aku bukak apps Citibank. Haha. Patutnye lepas solat mengaji la kan. Ini tengok apps. Lols. So, aku pun terkejut beruk bila tengok WTH gapo dio dia charge aku FACEBOOK ADS sampai MYR2,600 ?? 

Sis cuba bertenang ye gais. Sis cari jugak bukti. Mungkin ke aku ni tersalah tekan button ads dekat Facebook memandangkan sis memang admin Facebook office. Tapi, bila aku check Facebook dan ads takde ape pulak. So, tanpa berfikir panjang, aku pun block jelah credit card tu guna apps untuk temporary solution. 

Dalam tempoh MCO ni, aku rasa customer care Citibank work from home kut. Bila aku call, background dia bising gila sampai sis takleh blah siap tanya dia. Awak kat mana? You bukan scammer kan? Mesti dia cakap aku gila. So, daripada report yang sis buat dekat Citibank, as usual dia buat benda ni:

1. Block credit card sekarang. 
2. Issue credit card baru, hantar ke latest address. 
3. Investigate case ni. Time frame dia call kite balik untuk update ialah 60days -> Aku takleh blah sebab rasa lama sangat
          4. Masa tempoh investigation tu, amount yg tak dah kena charge tu (RM 2.6k) akan di-exclude dalam komitmen kite untuk bayar in case next month kes tak settle lagi. 

In short, kena lah tunggu. Kome tau jelah tahap sabar dan iman sis ni senipis tisu. Lepastu syaitan cakap jangan pecaya bank (bisikan hati berkata-kata). Sambil-sambil tu aku pun Google. Mana tau ada similar cases. Takkan la aku sorang je kena. Tapi, walaupun berusaha Google, sis cuma jumpa few cases dari India. Itu pun tahum 2013 camtu. Lepastu ada conversation dalam bahasa lain yang cakap tanya support group Facebook. 

So, sis pun try luck. Before sis proceed dengan step ni, sebenarnya sis dah email Bank Negara siap-siap. Saje je tanya. Bank Negara cakap, kalau tak satisfied dengan cara Bank handle case ni boleh report. Macam serius je kan kes ni. Hahaha



Aku cuba je. Tapi, tak sangka pulak Facebook reply sangat cepat. Yeahhh clap2x! Dia suruh bagi code yang aku dapat daripada unknown transaction tu. Aku pun attach segala benda. Lepas hantar details tu, the next day Facebook reply lagi cakap dia dah issue refund. YEAY!!



Dan memang betul Facebook refund balik dalam masa seminggu. Thanks lah. Sis sebenarnya tak share kat sesape pun pasal kes ni. Sehingga la kes ni dah settle. Alhamdulillah semua settle dengan elok je kan. Last month masa aku balik kampung, Citibank pun ada issue surat untuk bagitau yang amount credit card tu dah di-refund. So, close case :)

Lesson dia kat sini.. Elok jugak everyday monitor credit card. Thanks lah teknologi dah canggih, ada apps. Senang nak tengok movement duit. Years back, aku noob je. Takde pun record segala expenses ni. Semoga sharing ni akan guide mereka yang memerlukan kalau detect unknown transaction dalam credit card. 


Throwback Penang trip 2017 (Oct)

Trip Penang kali ni macam tiba-tiba je rasa nak pegi. So, lepas kerja terus gerak drive ke Penang. Sepanjang perjalanan hujan lebattttt gila...