Sunday 8 September 2019

Kereta total lost? Follow steps ni

2 bulan lepas, first car i telah kena declare sebagai total lost. Mula-mula macam tak percaya, sebab tengok rupa dia macam confident boleh repair. Macam mana boleh jadi macam ni? In short, second driver kereta ni bawak kereta dengan tenang. Tiba-tiba ada kereta dari belakang laju nak potong dekat double line. Dia panic, dan tiba-tiba dia pulak yang terbabas langgar pokok. So, ini la hasilnya.


First step, lepas langgar pokok kena buat report dekat balai dulu. Yelah, nak hantar claim insurance kan. Kereta ni bank value dalam RM13,000. So hantar ke workshop yg terdekat. Kalau nak claim insurance seeloknya hantar terus ke Perodua. I pakai Etiqa. Kalau perlu towing service ke ape, boleh deal straight. Call je hotline. Sebab ada yg provide towing free. 

Bila dah sampai workshop, dia akan mintak beberapa document:
1. Report polis
2. IC & lesen
3. Cover note insurance (better check email atau call insurance in case hilang)

Semua document ni kena submit dekat workshop. Seterusnya, ada banyak checklist workshop kena buat sama ada boleh repair atau tak. Insurance pulak akan hantar orang dia untuk evaluate kereta. Nak verify kes ni tally dengan report polis, dan check keadaan kereta tu. Dalam kes ni, Perodua cakap spare part dah tak ada. Reason being, sebab model Viva dah discontinue sebab sekarang kan focus Axia (Kalau dia tipu pun i tak tahu. heh). Jadi, mereka declare total lost.

Etiqa akan hantar surat kepada owner kereta which is Offer Letter sebab kereta tu dah beyond Economic Repair. Dan Etiqa akan minta beberapa document supaya Etiqa akan terus bayar kereta kita mengikut value kereta kita sekarang. 


Ni senarai document/barang yang kena get ready:

1. Geran kereta
I buat loan guna Bank Islam. So i call Bank Islam Automotif untuk get ready original geran kereta untuk di-collect. Dia boleh jugak courier. Tapi ambik masa beberapa hari.

2. Kunci kereta - Termasuk kunci pendua

3. Original cert by Takaful - Ni kena call insurance kalau takde 

4. Surat dari JPJ nak matikan road tax
Yang ini akan ambik masa dalam 3 jam. Apparently nak matikan road tax cuma boleh pegi state punya JPJ. Contohnya, kalau Selangor dekat JPJ Padang Jawa. Kalau KL dekat Wangsa Maju. 
- Bila sampai dekat JPJ tu kena isi borang. Just cakap nak matikan road tax sebab total lost. Bawak sekali report polis as supporting document. Ada sesetengah yg mintak, ada yang tak mintak. Bawak je, just in case. 
- Kalau korang nak claim baki road tax, kena lah prepare account number bank sekali. Fotostat siap-siap. Dalam kes i ni, malas dah nak claim pape. 

5. Redemption letter daripada bank yang kita buat loan (untuk konteks ni - Bank Islam). 
Untuk tau baki loan kita dekat bank. Ini akan ambik masa dalam 5 working days macamtu. NAK SUGGEST SETTLEKAN INI DULU supaya tak membuang masa korang. Cukup lah cuma masa i je yang dah terbuang. 
- Cara dia mudah je. Just call bank, request redemption letter sebab kereta dah total lost. Korang kena jugak attach sekali offer letter dari pihak insurance (Etiqa). Kalau korang tengok, dekat offer letter Etiqa tu ada letak section banker details bagai. Korang fill up je details korang, dan scan ke Bank. Pandai la depa isi dan sign.
- Lepas 5 hari bekerja tu korang follow up kat bank tanya bila boleh collect surat tu. 
- in case kalau korang rajin, dan terbayar lebih. Akan ada balance akan dapat (YES!!). So, sila sertakan no akaun bank untuk excess payment. Yeehaaaa

6. Matikan stem hasil RM10
- Memula i pun tak faham kenapa nak kena ada stem. Menyusahkan aje kan. Rupanya semua document yg kita prepare ni akan jadi official bila ada stem hasil. Ada undang-undang yg melibatkan bank dan segala pihak yg terlibat. Anggap jela macam processing fees. So, cara paling mudah ialah pegi je LHDN setel kat situ terus. 

Lepas lengkap semua dokumen tu, submit dekat Etiqa. Dalam 2 weeks katenye akan diproses. Watch out juga dekat surat bank. Dia ada bagi time frame dekat insurance untuk buat settlement baki hutang. 

So camtulah prosesnya. I rasa proses ni melecehkan. Mungkin sebab first time. So, semoga dengan panduan ni korang tak blur-blur ayam macam sis. I call bank beberapa kali. Yela, bukan hari-hari pun buat benda ni. Tak biasa. Kepada mereka yg sama nasib, harap bersabar ye. 



70 comments:

Anonymous said...

Slm..nk Tya..kereta saya pon total lost jgk..oke nk Tya..yg matikan stem tu..mereka akan matikan stem tu di semua lampiran yg kita dapat dr insurans ke

Stray Cat said...

Sorry lambat.. Takde notification pulak. Cuma matikan stem pada setiap document. Usually first page je

Unknown said...

Hi..nak tya berapa lama masa etiqa bagi utk submit completed OL ni..sy pun dpt.total lost jugak..huhu

Stray Cat said...

Etiqa settle dalam 1.5months jugak. Tu pun kena follow up sebab customer dia ramai. Haritu form kita dia tak scan masuk dlm system dalam 2 weeks. So, sila lah marah.

Unknown said...

hi.nk tnya klu pampasan insurans x leh cover baki loan d bank mcmn ya..keta sya pn total lost.tq

Stray Cat said...

maksudnya insurance lagi sikit eh? pelik pulak rasanya sebab biasa kita beli insurance ikut value kereta. Maksudnye kena settle juga baki dengan bank lah kan? kite tak pasti. Kalau salah mintak maaf ye

Anonymous said...

Dalam kes xcident mcm ni biasa kereta kena towing. Adakah kita dikena bayaran kalau kereta declare total lost. Tq

munirah said...

kunci pendua kalau tak de macamana ye

munirah said...

kereta terbakar and total lost

Anonymous said...

Yang lampiran ada stem hasil rm10 tu kena beli setem dlu ke tak atau terus pegi LHDN je?

Unknown said...

Surat undertaking tu cmne ye?

Ayuaji said...

Berapa bulan ke untuk dapat pampasan claim insuran.untuk total loss..

Stray Cat said...

Kalau total lost tapi ada insurance tak kena bayar. sebab cover under insurance kan..

Stray Cat said...

Boleh try call dekat company kereta tu sendiri. Charges beza ikut kereta jugak. Ada lagi Locksmith klu nak cuba. Tapi so far belum experience lagi hilang smua kunci.

Stray Cat said...

Kalau nak senang pegi je LHDN terus. Nanti kena isi borang, lepastu nanti dia matikan terus kat situ. Kalau pegi post office, boleh beli stem je. Nak matikan kena pegi tpt lain juga

Stray Cat said...

yang ni boleh call bank tpt kite buat loan tu. Purpose dia nak tau balance loan. Settlekan ni as first step.

Stray Cat said...

rasanya dalam 1.5 months. Tapi ikut juga dari cara kita follow up. Kena call insurance every week takut diorg overlook. Yg penting lepas kite submit borang tu, following week call balik nak check dah masuk dlm sistem ke belum. Kalau dah masuk dikira selamat. Klu tak refected dlm system lagi, sila marah diorang.

Stray Cat said...

maksudnya insurance lagi sikit eh? pelik pulak rasanya sebab biasa kita beli insurance ikut value kereta. Maksudnye kena settle juga baki dengan bank lah kan? kite tak pasti. Kalau salah mintak maaf ye

Nurul Nadia said...

salam,,akak saya nak tanya akak submit insurans tu kat mana ye,hq ke

Stray Cat said...

Better call insurance tanya dia. Sebab masa covid ni who knows ada kemudahan submit online. So tak payah pegi sana kan.

Nurul Shuhada said...

Selalunye klu xckup cust yg buat rendah dr value(under insured). Sbb tu klu nk beli insurans cari yg tggi sikit dari harga market , dikenali juga sebagai agreed value.

Nurul Shuhada said...

Selalunye klu xckup cust yg buat rendah dr value(under insured). Sbb tu klu nk beli insurans cari yg tggi sikit dari harga market , dikenali juga sebagai agreed value.

Stray Cat said...

I see. Good sharing. I think ramai yg perlu buying guide untuk insurance kereta. Sebab even utk windscreen ramai je org tak beli jugak. Tapi up to preference jugak.

Anonymous said...

Assalam, nak tanya..
kalau nk matikan geran dekat jpj tu nak kene bawa geran original daripada bank ke..?

Stray Cat said...

Hi, Saya bawak yg original sebab masetu sy dah pegi bank untuk collect and ambik redemption letter untuk tau balance nak bayar untuk habiskan loan.

double z said...

maaf tanya.. walaupun kereta total lost, kita tetap kena bayar amount tertentu ke dkt bengkel?
sebab bila tanya insurans, insurans kata bengkel hanya key in data sahaja kpd insurans .. x melibatkan kos pun sb mmg bengkel x baiki

Stray Cat said...

Saya tak bayar pape pun. Betul lah kut ape yg org insurans cakap. Cuma, u maybe kena bayar utk towing cost ke bengkel tu in case perlu. Itu je rasanya. Org bengkel pun dia sendiri tau kalau takde spare part. So, dia tak sentuh dah.

Anonymous said...

Hi, nak tanya ya, kereta sy pun total lost. Dapat offer letter mcm kak punya.. Tapi yang dalam offer letter nombor 5 maksud apa ya? Redemption letter ke?

Stray Cat said...

Sorry, nombor 5 dia tulis ape?

Anonymous said...

Undertaking letter and Duly completed giro fund transfer/RENTAS by finance company for payment via electronic transfer to their account. (Please ensure a legible copy of the top portion of the bank statement as spelt out in the form is attached)

Stray Cat said...

Oh yess... kena call bank untuk request sebab ambik masa 5 hari camtu. Better settle this one dulu

double z said...

oo.. thank you... legaaa dengar.. i takut kena tipu sbnrnye.. pelik je kna bayar bila claim xmasuk lg, lps tu mcm asyik push suruh bayar.. nama company dlm borang claim dgn nama dlm nombor akaun yg diorg bg tu lain..

Marcel Aping said...

Hi sis, untuk urusan dengan pihak insurance. Ia dilakukan oleh pihak bangkel atau saya sendiri.. Sebab semua document kereta dan report polis suda submit dengan pihak bangkel.

Stray Cat said...

Hi, bengkel akan update total amount dgn insurance. Tapi, kite kena makesure case yg kite submit dkat insurance tu dia dah masuk dlm system dia. Kite just kena tanya sama ada form yg kita submit kat insurance dia dah upload. Kadang stuck dlm tray tak move. Nanti stuck and bengkel pun takleh proceed next step.

otai gomeh said...

Nk tnye klu total lost tu kete kte dapat or insurans ambik trus

Stray Cat said...

Kalau kereta under loan, sebenarnya kereta tu bank punya. Since insurance cover, insurance tu bayar full dkat bank utk setel smua hutang. So, belongs to insurance.

陈仕杨 said...

hi,kak kalau dapat offer letter drpd email jadi mana tempat nak submit dokumen tersebut branch insurans? x sempat nak tanya sebab hari sabtu syarikat insuran x buka..tqvm

Stray Cat said...

Hi, i think u better check & call insurance as now under CMCO and most company can accept scan copy and send via email. In case they still need hard copy, they will advice how to submit the document. Maybe via drop box or something.

Anonymous said...

Hi,nak tanya..kereta total lost dan dah habis bayar, boleh repair dan digunakan semula ke ?

Stray Cat said...

Hi, biasa kalau definition total lost tu ialah bila kereta dah takde spare part available dekat market. Since dah habis bayar, so kete tu mmg you punya. Ape sisa kereta yg tinggal, up to u nak repair sendiri creatively kalau boleh. Atau jual besi buruk dgn parts dia kat workshop

terataimerah said...

Hi nak tanya..mcm kereta sy dah total lost..mmg xberbaloi dah nak baiki kereta...sy bt claim atas kereta yg langgar kereta sy sbb sy 3rd party..org yg langgar tu 1st party..jd sy claim atas ins dye yg langgar..ins dorg dah bg offer letter..tp dye tulis kt situ
Cost of repair RM3,500.. mcm mne sy nk fight..kereta dah total lost dan 3,500 mne cukup nak gantikan 1 kereta yg baru even secondhand pun..sy punyer kereta dah teruk rupe dah jd mcm ketam dah..sgt xberbaloi baloi utk baiki..klu nk baiki, mmg xcukup sgt2 3,500..harga brg pun mahal kan..

terataimerah said...

Hi nak tanya..mcm kereta sy dah total lost..mmg xberbaloi dah nak baiki kereta...sy bt claim atas kereta yg langgar kereta sy sbb sy 3rd party..org yg langgar tu 1st party..jd sy claim atas ins dye yg langgar..ins dorg dah bg offer letter..tp dye tulis kt situ
Cost of repair RM3,500.. mcm mne sy nk fight..kereta dah total lost dan 3,500 mne cukup nak gantikan 1 kereta yg baru even secondhand pun..sy punyer kereta dah teruk rupe dah jd mcm ketam dah..sgt xberbaloi baloi utk baiki..klu nk baiki, mmg xcukup sgt2 3,500..harga brg pun mahal kan..

Stray Cat said...

Hi Terataimerah. Sorry, lambat cos busy gila. I just confuse macamana dia boleh evaluate cost repair as RM3,500 bila kereta tu dah total lost. Definition total lost memang dah tak boleh repair. I think this part memang tak clear langsung unless ada somthing fishy is going on.

Unknown said...

Firstly thanks for your experiences. saya nak tanya miss, kalau ins cover rm26k. adakah ins akan bayar direct rm26k kepada pihak banker atau kurang dari amount tu. sebab saya difahamkan oleh pegawai polis (Sarjan pernyiasat balai trafik) dia kata kalau kereta total lost pun, ins hanya akan bayar 65-70% sahaja dari jumlah yang kita insured tu. so balance dengan bank, kita perlu topup duit sendiri. betul ke miss? saya tak faham. sebab kereta baru ambil dalam 7bulan dan saya dah dapat message dari pihak insurans yang claim kemalangan total lost lulus rm26k.. ( fyi, kereta market value rm25k, axia)so kalau hanya 65%x26k, ins hanya bayar rm16900, balance loan dalam 15k saya perlu topap. betul ke kefahaman saya ni miss?

Unknown said...

Hi abg...baru2 ni kereta saya pn total lost gak tapi kereta dh abis bayar...apa step saya kena buat??insuran pn xcall lagi..

Anonymous said...

Stray Cat..check tak kereta u tu pihak insurans ada jual balik dak mcm kereta i?Diorang bukak tender kat mna2 bngkel yg nak repair..skarang pihak bengkel kol i suruh tukar nama dalam geran. dah la i kena topup kat bank lg rm18k. Kalau nk repair keta i lagi 8k xckup dr hrga claim..baek i tambah 8k tu utk repair..kereta dapat n bayar pun kurang..ni tak, i kna bayar kat bank 18k..kereta pun xdapat..teraniaya..

Anonymous said...

Assalamualaikum sis... Nak tanya klu keta total loss pihak bengkel akan minta bayaran dari kita ke camna sbb situasi sy skrg ni bengkel nak minta caj bayaran untuk towing dan storage keta kat bengkel....yg tu bkn pihak insuran ke yg tanggung... Knapa nak minta dgn owner keta pla

Unknown said...

Kereta saya totallost juga...pihak insurans dah call dapat offer later kata dah lulus claim..tapi bila call workshop dia kata tak perlu buat apa2...ada ke mcm tu..pihak workshop uruskan semua katanya..ke semua urisan kita kena buat sendiri...keliru dibuatnya

Unknown said...

Saya ada tanya soalana sebelum ni.. tapi kes saya dah settle. Kereta dah pun siap.hehe..
Utk makluman tuan2 semua.
Kereta sy total lost. Pihak insurans keluarkan offer letter.. tapi saya buat satu suratkepada insurans kata tak accept total lost tu dan request utk repair.. jadi pihak insurans akan evaluate utk kali kedua bagi mnentukan jmlah yg dbayar utk repair..
Dalam masa 2bulan. Kereta sy siap direpair tanpa perlu bayar apa2.
*Kenapa sy tak accept total lost:-
1. Saya kena topap kat bank dlm rm5k utk baki pinjaman..
2. Kereta akan jadi hak milik pihak insurans..(kebiasaan kereta total loast dorang akanbuka tender utk jual balik kereta kita tu)..jadi kereta tu bukan dpt kt kita pun sebab insurans dah bayar amount total lost tu kt bank kn.
-jadi duit kena byr..kereta pun xdpt..
*Info tambahan:-
1. Jumlah total lost yg di offer rm26k (full amount insurans kereta).
2. Pinjaman berbaki rm31k.. (jika saya terima total lost, sy kena topap lagi rm5k kt bank utk settlement).
3. Evaluation kedua oleh pihak insurans, kereta dpt direpair dengan jmlah rm17k++, dan pihak bengkel setuju dgn amount tu. Jadi tk perlu buat apa2, tunggu shj call dr bengkel utk inform kereta dh siap. Jangan risau pihak bengkel takkan dapat duit dari insurans selagi kita tak ambil kereta kita.. sebab dulu sy risau juga bengkel lambatkan repair, kot2 dorang dh dpt duit..tapi sy call ins.dia kata kita tubggu shj atau boleh call bengkel utk follow up. Jadi cepat sikit dorang buat keje..
Harap info saya bermanfaat utk semua..
(Insurans Takaful Ikhlas malaysia berhad)

ieyscha said...

hi nak tanya, kereta saya total lost dan insurans dah sent cover letter. Tapi takde pulak pihak insurans mintak saya gi jpj untuk matikan roadtax, dan tak suruh saya gi bank
pun. Dia cuma mintak isi borang
pastu sent kat dia. Saya pun pelik, ke lain insurans lain procedure dia?

Stray Cat said...

HI, actually roadtax ni macam birth certificate. Better matikan. Actually insurance procedure lebih kurang sama je.

Stray Cat said...

OMG thanks for sharing. Busynyaaa tak sempat nak tengok comment smua.

Unknown said...

Nak tnya,lepas lengkap semua apa yg insuran minta kene post ke semua dokumen tu atau kene hantar sendiri ke hq..

Unknown said...

Kereta bapa saya total loss tetap saya tidak tahu mcm mana buat surat kepada pihak insurans

Unknown said...

Buat surat kepada pihak insurans untuk cancel total loss

Stray Cat said...

saya submit semua dekat insurance (etiqa) office. Of couse masetu before pandemic. Better call insurance kalau diorg boleh accept form by email now. Sebab lepas pandemic by right diorang dah lebih flexible. Lepas seminggu jgn lupa follow up.

Layla.ms said...

Kereta saya dh dikira total loss sbb kos repair lebih 65% drpd sum insured. Pihak takaful nk bayar RM6,600 ikut market value. Tapi, Kalau ikut kan valuation Dr adjuster harga kos repair dalam RM5,200 shj.

Mintak pandangan, adakah berbaloi utk saya ambil cash dari total loss or saya tambah duit drpd perbezaan yg insurans tak bayar. (saya kena buat surat utk mintak repair jugak kan?)

Mohon bantuan n pandangan sesiapa yg pakar. Terima kasih

Stray Cat said...

omgg scarynya. Zaman skarang ni ramai orang nak cari peluang $$$

Stray Cat said...

tak payah buat surat apa2 pun sebenarnye. Orang insurance yg akan prepare smua tu. Kita just kena call dia je.

Stray Cat said...

Tambah duit tu macam mana? tak faham sikit kat situ. kos repair lower than value. I rasa kalau macam ni kena tengok condition kereta tu juga. Kalau intention nak pakai lagi, why not topup mana patut. Tp kalau rasa kereta baru better, ambik jela cash tu.

Anonymous said...

Kereta saya kemalangan..kemudian ditunda dihantar ke panel insurance .tersadai sgt lama ..ingatkan tgh baiki. kemudian pihak bengkel call dia kata kos baiki mungkin lebih dan dia offer total lost..so summit total lost..hampir 2-3 bulan tunggu.. rupanya document xsampai lagi . .rupanya runner lambat antar sebab dia kena covid..lepas panel insurance bengkel dah summit xsampai seminggu call tuntuan dah release.. yg saya heran Kenapa org yg towing kereta asyik call tanya..bukan insurance dah cover towing.. saya punya insurance cover towing sekali..saya pun dah call pihak insurance dia kata cover sekali. .ada ke saya perlu layan kerenah org towing tu? Atau abaikan saja? Pengajaran kat sini apa2 urusan jgn babitkan org ketiga .saya uruskan kereta ni sendiri sebab pihak bengkel panel insurance yg minta saya berurusan dgn mereka..sepanjang kereta di bengkel saya terpaksa tanggung kos sewa kereta lain .. pihak bengkel tak sediakan kereta Sementara..hampir 6 bulan terseksa dgn kes ni .. akhirnya tuntutan selesai ..now terpaksa pinjam kereta org lain Sementara tunggu kereta baru ����

Stray Cat said...

oh no! Tula. I masa setelkan case tu pun I call Etiqa customer service utk follow up. Usual case dia cakap 2 minggu lepas submit tu, status dah boleh masuk dlm system. Tapi, masa i call tu, dia cakap belum ada dlm system. So, i pun chase. Rupanya diorang miss out dalam scanning tray. Tapi, i follow up every few days. Finally 3 minggu juga baru masuk system. I tak sure on towing. Tapi, dulu kereta i pernah kena tow. Sebab cover under insurance, lepas dia hantar kereta tu I dah cuci tangan and tak contact langsung dekat diorang ni. I just deal direct dengan proton, follow up by whatsapp untuk tau progress every week. Diorang pun ada bagi checklist.

Anonymous said...

Hi, saya baru dapat approval total lost ni. Tapi claim advisor (syarikat jenama kereta) mintak charge untuk service yang beliau buat. service charge dia mintak agak banyak :( .. Nak tanya, waktu kereta awak di aprrove total lost ada tak claim advisor mintak charge dekat awak tak? terima kasih

Anonymous said...

untuk point no. 6, kalau ada balance kita nak attached no account kat mana ye? kat document yg kita nak hantar kt insurance ke?

fz1010 said...

Kereta saya baru total loss. Etiqa offer 35k dari agreed valued yang kami bayar insurance selama ni which is RM38k. Balance hutang dengan bank RM39k. so kalau dapat total agreed value tu memang amat membantu. yang saya nak share & minta pendapat di sini, lepas accident hari tu, saya ada guna towing luar, akibat dari desakan towing india tu & masa pun dan lewat petang + hujan. Call careline Etiqa pun, dia tak dapat provide towing sebab kita kene tau kita nak bawa kereta ke destimana mana. dia perlu tau semua ni sebelum dia boleh arahkan towing untuk datang. Di tapak masa accident tu, dah agreed dengan towing luar tu yang dia tak boleh mintak satu sen pun dari kami. dia kata ok muka baik sebab nak dapatkan customer kan. Surat pun kami sign lepas dia dh bwk kereta ke balai polis & perodua. ok tu dah setel semua. Bila Etiqa dan process kereta as total loss, insurance tak akan approve claim dari towing, dan orang towing tu call saya untuk bayar charge towing. Harga dia mintak is RM 1.6k. Gila tak gila untuk service towing tu sahaja? kalau ada tambahan pun, charge runnner? sekarang ni apa yang saya buat, just ignore je call dari dia sebab malas nak layan amount mengarut yang dia mintak tu. Tapi dalam kes ni, apa yang saya perlu prepare & perlu buat ya?

Nasihat saya, apa pun yang berlaku bila dah accident, remain calm. Pakai towing yang provided oleh insurance kereta kita. Jangan termakan or senang jangan layan langsung ulat towing ni.

Anonymous said...

Kalau insurance kereta tak cukup untuk cover loan bank macamana. ? Atau owner kena tambah duit sendiri untuk settlekan loan tu?

EdEm said...

Hai,saya nk tanya pendapat, kereta saya banjir smpai tahap tak nampak keter dah at that time. then saya ada amik insurance di SNL RISK MANAGEMENT SDN BHD. Tapi amik yang basic je sbb tak jangka perkara mcm ni akan berlaku. Then bila saya call diorang, diorang kata saya tak blh buat claim under total loss sbb saya tak amik cover banjir tu. Skrg ni saya tak sanggup dah nak bayar bulan2 keter tp keter nya takde. kereta saya kat bengkel tu pon dah 8 bulan tersadai. sparepart pulak mmg takde buat masa skrg ni. apa yg patut saya buat ? buntu dah otak saya ni dok mikir benda ni :'( saya perlu kan someone utk guide saya since this is my first time facing this matter. call or ws saya takpon dm me on ig

Stray Cat said...

Kalau insurance tak cukup memang kena cover balance tu sendiri. So, next time before beli insurance kena cross check juga covered value & loan value in case something happen macam total lost.

@EdEm: Ahh so sorry to hear that. Untuk banjir coverage memang kena ambik add on insurance. 8 bulan tu lama betul. I tak sure ape actual issue. I tak sure macam mana nak tolog.

zidarus said...

Pengalaman sendiri
excident 2 bln lepas
1 bln bengkel buat kiraan kos repair ( cukup sebulan baru die diclare nak total loss) and call adjuster
2 minggu lepas adjuster datang ,baru update n offer amount total loss
.then call insuran mintak offer letter.dorang mintak sediakn dokument ,,mulanya, saya sangka pihak bengkel yg akan uruskan semuanya..

so bermula la check dokucment satu persatu dari point 1 sampai 6..amik masa seminggu untuk settel n pos dokument ke etiqa.

lepas sminggu sy pos ..sy call hq tanya dah terima belum dokumentnya..ehh bleh plak ada satu dokument x cukup ..trus rush gi jpj ntuk beli maklumat kenderaan n insuran..( ni
kene bayar rm20 - untuk pengetahuan umum dokument ni bleh beli online guna myjpj tp id jpj kene advance mode lah

lepas sminggu sy call lg tnya dah dpt lum dokument .so semua lengkap..

13 feb 2024

next week kene call lg ..ikutkn mcm dah settel ,tp takut dorang miss look kes sy .nmpk gaya kene bayar lg la sampai raya aidilfitri..huhuh

zidarus said...

sambungan

14 feb 2024

insuran dah bayar ke bank.

16hb feb loan account dah closed

agak2 bila ya dapat lebihan duit tu..

lega dah settle

dapat je lebihan ,dah bleh terminate insuran n transfer NCD..

Throwback Penang trip 2017 (Oct)

Trip Penang kali ni macam tiba-tiba je rasa nak pegi. So, lepas kerja terus gerak drive ke Penang. Sepanjang perjalanan hujan lebattttt gila...