Sunday, 29 December 2019

Unit Trust dan perangai agent yang korang patut berhati-hati

Korang pernah tak sign-up Unit Trust Investment? Saje harini nak cerita sebab sisthor rasa ianya agak perlu sebab banyak jugak orang post dekat social media pasal investment. Harini sisthor just nak share experience berdasarkan pengalaman sisthor sendiri dengan UT. Hopefully agent UT jangan kecam sis kerana kita semua bebas untuk menyuarakan pendapat kan? 

Camni, sis sign-up UT ni sejak tahun 2012 under Public Mutual. Ditakdirkan satu hari agent UT Public Mutual approach sis untuk bukak account under EPF. Masetu sis rasa okay je nak invest sebab takde komitmen bulanan kan. Lagipun sis rasa keadaan ekonomi masetu macam ok-ok la. Cerita pasal jobless tu tak berapa banyak. 

Ape yg sis faham dari penerangan agent UT Public tu ialah.. Investment ni merupakan long term investment. Tak boleh nampak return dgn cepat, tak sama dengan ASB. Sis ok-ok je sebab faham konsep investment. Ada risk juga. 

Masa zaman tu (2012), disebabkan teknologi smart phone macam tak berapa ada. Sis pun bukan kaya sangat nak subscribe postpaid plan sebab baru kerja nak study pasal investment bagai. So, in short, sis cuma invest. Tapi, sis tak tau mana peginya duit tu dan camana performancenye (ada sesape boleh relate dgn keadaan ini? HAHA). 

Sampai la pada suatu hari tu, ditakdirkan agent sis ni dah resign. Dia tak renew dia punya lesen kut. Tambah lagi satu problem bila agent resign, dan masetu sis guna alamat kampung pulak untuk surat menyurat. Sis balik kampung dlm 2bln sekali je. So, slalunya kalau surat bank mak sis ignore aje sebab kebanyakkannya hanya statement. Memandangkan ada tulis kat surat tu urgent. 

Bila agent korang resign (atau dah tak buat UT), so korang kena check kat statement tu. Jika korang lost tak tau nak contact sape sebab korang komited nak invest lagi, korang boleh tgk statement tu. Slalu dia akan letak no phone & nama upline agent yang dah resign tu. So, boleh la contact agent tu. Alternative lain ialah, korang boleh cari dekat FB/IG agent yg dekat dgn area korang. Sebenarnya untuk UT, boleh je sign up dengan agent lain untuk kes ni. 

Cuma, pastikan korang dah tau pattern agent ni. Sebab, tak smua agent ialah good agent. Ramai yg touch and go. Ahem. Sis juga pernah kena. Lihat la snapshot kat bawah ni. Kisah ni dah lama pun. Sejak 2018. Kalau nak tau, investment tu dah lebih 5 tahun. 

Mula-mula, upline agent sis tu follow up tanya balance akaun 1. Masetu sis rasa, oh not bad juga budak ni. Dan kalau nak tau, ni jelah text terakhir dari dia sebelum sis mengamuk dengan dia. haha


Sis rasa bengang sebab dia tak text/call sis. Kalau korang nak tau, sepatutnya agent akan sentiasa cari kita setiap 3 bulan kalau diorang nak sales lah. Dan, diorang juga kena explain pasal keadaan investment kita minimum 2x setahun. Paling teruk pun 1x setahun. Tak kesah la untung atau rugi, agent kena juga explain pasal fund ni. Bukan asik duk hulur form suruh sign aje. 



Bila sis tanya kenapa tak text/call. Dia berani cakap masa dia datang office, sis takde sebab pegi outstation. So, dia tak contact sis. Adakah macamni cara yg betul gaissss?? Juga, dia suruh sis jadi agent manage akaun sis sendiri. WTH.. Masetu sis dah mencarut dan mendoakan yg bukan-bukan untuk dia. 

Kalau korang nak tau, setiap kali korang sign borang epf tu, of course agent akan dapat komisyen. Jika korang dpt agent berperangai macamni, sis nak suggest sila lah tukar agent. Kalau guna agent, processing fees pun kite bayar. So, nasihat sis. Baik korang manage investment sendiri guna online kalau agent korang teruk macamni. Tak worth it bayar diorang for this kind of services kan...

Dan, disebabkan sis terlalu emo dan marah.. Akhirnya sis sendiri register jadi agent. Tapi, under Principal (Formerly known as CWA). Punya lah geram dengan Public sampaikan masuk company lain. Hahah.. Sis cuma nak jadi seorang agent yang bijak dan boleh bagi nasihat pada client. Tu je. Sebab sis sendiri ialah seorang customer yg fussy. Market UT tahun ni agak teruk performancenya. Tapi, kite kena study trend fund yg kite nak invest. 

Kalau korang berminat nak tau pasal Unit Trust investment, boleh contact sisthorrr (016-3114781). 



No comments:

Throwback Penang trip 2017 (Oct)

Trip Penang kali ni macam tiba-tiba je rasa nak pegi. So, lepas kerja terus gerak drive ke Penang. Sepanjang perjalanan hujan lebattttt gila...