Showing posts with label Island. Show all posts
Showing posts with label Island. Show all posts

Saturday, 24 October 2020

Throwback makan-makan trip JB & Pulau Tioman (2017)

Tiba-tiba rasa panic sebab banyak gambar macam dah hilang dekat phone. Oh no!
So kita backup apa yang boleh 😓

Sebenarnya bila kawan ajak jalan JB, macam tak tau nak ajak pegi mana. Sebab macam tak familiar sangat kat situ walaupun orang Johor haha! Trip bermula dengan kereta rosak sebab berasap. Walaupun kereta rosak, still happy sambil tunggu hero negara selamatkan. Ktorang rent Airbnb je. Cuma, rasa macam quality Airbnb ni sedih sikit sebab tak provide parking. Kereta park tepi jalan illegal je. Camtu pun boleh. Nama AirBnb ni Skysuites, Jalan Bukit Meldrum. 


Main highlight makan dekat JB ni mengikut kata orang JB ialah Nasi Serai dekat LC Catering. Dulu masa kawan aku kawin, makan Nasi beriani ke Nasi minyak dia. Yums, memang sedap. Kalau nak compare, of course prefer Nasi Beriani tu daripada Nasi Serai ni. 



Lepastu kalau jalan kat mana-mana boleh la try makan otak-otak sekali. Aku rasa version Johor paling sedap. Ada banyak jugak tempat jual frozen otak-otak. 


Lepastu, kawan aku pun ajak makan Original Cake. Yang macam cheesecake goyang tu. Dulu beratur panjangggggggg tak larat nak tunggu. Well, rasa dia biasa je. Hahaa. Best lagi rasa Cheesecake moist yang jual dekat AEON. 


Lepas potong jadi camni


Day-2 orang Johor kata kalau breakfast dekat Hutan Bandar paling best. So, pagi-pagi lagi dah drive keluar. 


Oh yessss!! Lontong kering ni memang AWESOME!! Kat situ ada tempe goreng garing sekali. Dekat sini jugak ada satu kedai paling hujung jual karipap sedap. Oh sila la beli karipap tu. Kat KL ni susah nak jumpa rasa karipap ikhlas yang rangup camtu. 


Lepastu soto pun ada. Lupa dah kedai mana


Oh kalau trip Johor, please makan Nasi Ambeng. Nasi Ambang (Jawa sebut Nasi Ambeng- baru sebutan betul hahahah) ni selalu orang jawa suka hidang kalau ada kenduri. Sedap ah makan campur-campur camtu. Kalau kenduri dulu dia hidang satu dulang je share 4-5 orang. Nasi Ambeng ni makan dekat kedai Mat Corner Nasi Ambang. 


Habis trip makan dekat JB ni, aku pun drive ke Mersing sebab nak pegi Pulau Tioman. Jalan straight je. Lagi elok daripada lalu Kluang ke Mersing yang macam roller coaster tu. Ambik boat pagi. 


Setiap kali sampai kat jeti rasa best


Duduk dekat Paya Beach Resort. First day sampai hujan lebat hahaha. So takleh la mandi sangat. 



Ni bilik dia. Besar sebenarnya. Kami dua orang je. 


Masetu tak ramai sangat orang masuk Tioman. Taman laut dia not bad. Tapi, masetu ada construction sikit. So, tak berapa fun. 







Sebenarnya kawan aku kena food poisoning before masuk Tioman. Kesian weh sebab aku je yang enjoy dengan makanan. 


So not bad la sini ada tempat nak ambik gambar hipster sikit. Walaupun aku lepas habis snorkeling tu tidur je. 




Awal pagi dah kena check out. Sebab maseni bulan 7. So ada 2 boat je yg available. Kalau keluar pulau petang sampai KL malam pulak. So, pukul 6.30am dah makan breakfast. 7am dah ada kat atas boat keluar pulau. Sobs. Rasa macam short trip pulak. 


See, gelap lagi dah siap breakfast. 


Next time kena try resort lain dekat Tioman. Kat area ni banyak batu depan tu. Susah nak mandi cari ikan. 

 

Friday, 3 July 2020

Kenapa susah nak move on dengan Redang?

Btw, ni video aku snorkeling dekat Redang. Kalau korang tengok, seolah-olah kome snorkeling bersama. Jangan mabuk laut ye. Thanks!!



Sebenarnya sis dah 3x pegi Redang. Lepastu setiap kali pegi, asik duduk tempat sama - Redang Reef. Korang please jangan penuhkan tempat ni. Nanti susah pulak aku tak dapat pegi bila rasa stress nak tengok ikan. 

First trip pegi Redang tak ingat bila - tapi kami naik flight dari KL. First time pegi tu, kawan aku ni dia yg manage bilik. Aku settlekan transport memandangkan aku jenis mabuk bas. So, tepaksa la drive atau naik flight. 


Before ni aku dah pegi Perhentian. Tapi, perasaan sampai Perhentian tu tak sama. Kat sini macam rasa impress tengok air dia cantik, bersih. View batu-batu dia pun lawa. 


Sis memang always tak sabo nak terjun laut. 


Benda yang best dekat Redang ni bagi aku la kan. Dia macam peaceful sikit. Kalau Perhentian tu macam komersial sangat. So, ada show api, prempuan sexy macam over sangat. Kat sini macam Oh yessss!! kite masih sopan, dan rupa manusia, tak bitch sangat. 


Each time aku datang sini, walaupun dah 3x still takleh move on. Sila la lempang aku. Pleaseeeeee!!
One thing, aku rasa jarak antara KL-Terengganu tu acceptable. Breakfast nasi dagang tempat biasa. Naik boat masuk Pulau pun not so bad. Tido kejap dah sampai. Maybe sebab aku duduk tempat dah biasa datang. Feel dia macam balik kampung. LOLs

Kat sini ade je baby shark, penyu. Cuma kena cari sikit la. 

Setiap kali aku datang sini, mesti aku rasa macam nak pencen kat sini. Maybe sebab aku nampak hidup yg tenang, tak rush. Kekadang aku fikir jugak. Apebenda yg aku buat sampai rasa letih, busy sangat sampai tak ingat ape. Padahal dunia ni luas, banyak benda yg kita tak tau. Tapi, ni just cerita one side jela. Struggle orang lain kite tak tau. 

Cerita yang pasal trip Redang naik kereta gerak dari KL 11.00pm lalu LPT2 tu memang aku dengan rakan-rakan akan ingat sampai tua. Nasihat sis, please jangan naik kereta dari KL ke Terengganu midnight. Tak elok untuk mata. Takut nampak benda aneh melainkan kau benar-benar berkeyakinan. 

Maybe next time jelah cerita Redang 2.0 lalu LPT2 11.00pm


Throwback Penang trip 2017 (Oct)

Trip Penang kali ni macam tiba-tiba je rasa nak pegi. So, lepas kerja terus gerak drive ke Penang. Sepanjang perjalanan hujan lebattttt gila...