Showing posts with label Historical City. Show all posts
Showing posts with label Historical City. Show all posts

Monday, 21 September 2020

Fefeeling tourist idea 1 - Visit muzium negara (edisi PKP)

Disebabkan kita semua tak boleh travel overseas, so meh nak share idea dekat mana tempat yang kita boleh buang masa untuk release stress area KL. Bila fikir balik, ada baiknya tak boleh travel overseas. Jimat sikit duit haha..

Okay, actually sis tak pernah pegi Muzium Negara. So, saje je ajak kawan-kawan pegi visit muzium. Satu hal, kami fikir dekat muzium confirm tak panas. Make up tak cair, rasa selesa, sambil boleh nampak bijak bila pegi muzium. Tema sis and the gang kali ni ialah Geng Baju Kurung. Saje je set theme. Lagipun baju kurung dah berhabuk akibat takde kenduri, dan tak berhari raya. 

Actually, better carpool. Kami lepak kat sini dari 1pm sampai 4.30pm camtu. Kena bayar parking RM12.50 HAHA.. Bukan apa, kami mengkaji sejarah lama sangat.

Entrance fees murah je. Dalam tu ada 3 muzium. Total nak masuk 3 muzium tu tak sampai RM10. 


First check point, study pasal orang asli
Lepastu masuk Muzium Etnologi - study pasal etnik kat Malaysia

Erm, disebabkan dah kenyang before masuk muzium, so kami bertenang je kat dalam tu. Best sebenarnya. Cuma, banyak jugak la gaduh kat dalam tu sesama sendiri. Dapat pulak kawan yang mulut asik nak tanya, lepastu curious memanjang. Penat rupanya jadi diri sendiri. 


Actually knowledge sejarah sis memang teruk gila. Kalau tak, takkan lah dapat B masa PMR kan haha. Spoilll.. 

Datang sini memang membantu sebenarnya. Yela, dulu belaja sejarah pakai buku. Pastu dah la sejenis tak suka membaca. Okay, dekat sini at least dapat visual. Lepastu fakta yang penting tu dia highlight banyak kali. 

Untuk mengelakkan pergaduhan sesama rakan, Google sentiasa membantu. 
Bila dah round almost 3 jam, rasa letih jugak la sebenarnya. Muzium tutup pukul 5pm. So, kalau rasa betul-betul nak cover semua muzium dengan jayanya, datang dari pagi. haha.. Cuma kalau duduk dalam tu, kalau lapar takde nampak makanan. 


Masuk main museum 

Yesss!! That's why la pakai baju kurung best bila datang muzium. Baru ada geng



Okay, kat luar ni memang panas. Pakai sunblock jangan lupa. Eceh

Duduk lepak berjam-jam dalam ni, mesti tertanya-tanya. Diorang ni solat kat mana lah.. Mesti ponteng kan... Jangan risau sissss, ada je surau. Location dia memang kat tengah-tengah. Dekat aje. Kat situ ada telekung. Tapi, better bawak sendiri. Kita tak tau virus melekat kat mana kannn. 

Tapi kan, seriously kena kawal kanak-kanak yang jenis berlari dan menjerit kalah Azlan and the typewriter. Bukan ape, kami yang dah tua bangka ni rasa terganggu. Sikit-sikit okay je. Tapi, jangan sampai jerit dah nak terkeluar paru-paru lepastu berlari macam kat padang okay. 

 

Sunday, 31 May 2015

Bali trip day-3

 3rd day trip, kaki dah rasa lenguh sebab sakan berjalan semalam. Muka pun dah tambah makin hitam. Pagi-pagi lagi supir dah bawak pegi kedai batik original made in Bali. Semuanya batik lukis tau.
Setakat yang jumpa kat sini, takde batik cap. Semua lukis.

Ada banyak design


So, lepastu diorang bawak pegi kedai jual batik. Kalau orang Malaysia boleh la negotiate sampai 40-50%.

Baju formal Bali. Kalau supir profesional akan pakai baju batik

Kualiti die bagus, kain pun tebal, tak cepat rosak

Scarf batik pun banyak.

Lepas pegi tempat batik, supir bawak pegi kedai silver. Semua handmade. Semua cantik, dan harga pun cantik jugak. Haha..




Sampai lunch time, kali ni supir seriously bawak makan lunch tempat halal. Happy okey. Maklum la semalam starving sampai tak larat nak jalan.

Restaurant ni ada certificate halal. So, sangat confident nak makan. Harga buffet lunch kat sini Rp 100,000. Boleh makan sampai pengsan termasuk coffee & tea. Tapi, kalau nak juice kena bayar sendiri.

Outdoor view retaurant

Semua best =)



Bayam goreng

My happy face. Dapat makan makanan halal

Btw, kat restaurant ni ada surau. Dapat la sembayang jamak. Air dia sejuk & bersih. Maybe sebab kawasan ni dekat dengan gunung agung.


Langit cerah, view cantik
Actually on the way ke restaurant ni akan jumpa tasik besar. View dia memang sangat cantik. Gunung Agung. Dulu gunung berapi ni active. Last skali meletus masa tahun 1960an. Sebab tu tanah kat sini nampak subur. Udara pun segar.

Tiba-tiba rasa nak mandi. Fresh je rasa

Kena matahari, tapi tak rasa panas 

I paling suka view kat sini

Gunung Agung

Tapi, yang tak syoknye, ada banyak betul orang yang jual barang kat tepi ni. Paksa beli sampai hard core selling. Make sure jangan janji nak beli atau kata "nanti ye".. sebab nanti die tunggu.

Holy spring.. tempat orang mandi air suci





Memang ramai orang mandi kat sini. Air jernih sebab memang ada mata air.
Air die memang sejuk. Beshh

Next, kitorang pegi Elephant Cave. Bentuk die mamang elephant.. as usual tempat-tempat ni semua tempat suci diorang.

Elephant cave




cave ni pendek je




Dan untuk dinner pulak kitorang dinner tepi pantai makan seafood. Dekat bali ni semua serba serbi mahal. Total makan untuk 2 orang je lebih Rp 200,000 untuk dinner seafood camni. So, bawak la duit lebih.


Memang setiap malam kitorang dinner kat sini sebab kat sini mostly halal. Tapi, kalau dah nama pun Bali, diorang tak boleh lari dari konsep payung colourful ni.




Setiap kali balik dinner je, balik bilik terus bukak KBS world dan dalam sejam terus Zzzzz...hehehe


Throwback Penang trip 2017 (Oct)

Trip Penang kali ni macam tiba-tiba je rasa nak pegi. So, lepas kerja terus gerak drive ke Penang. Sepanjang perjalanan hujan lebattttt gila...