Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Saturday, 24 October 2020

Throwback Penang trip 2017 (Oct)

Trip Penang kali ni macam tiba-tiba je rasa nak pegi. So, lepas kerja terus gerak drive ke Penang. Sepanjang perjalanan hujan lebattttt gila. Yes, masetu drive Viva. Rasa nak terbang jugak. Masuk Penang lalu bridge yang baru. Yeayyyyy!!


So sis duduk 2days 1 night je dekat Penang. Tak faham kenapa kejap sangat. Tapi, bawak sekali partner in crime as usual. Haha. Duduk dekat Hotel Sentral Seaview Penang @ Beachfront. Disebabkan last minute booking, banyak hotel dah penuh. Hotel ni not bad. Memang dapat seaview pun. Angin kuat. Kalau waktu pagi, panassss gila dekat luar. Hotel ni biasa je, cuma gambar dekat Agoda extra lawa. Tempat parking still ada walaupun check-in dah malam. 

View breakfast pagi macamni. Food selection dia not bad. 


Bilik ni memang dapat seaview. Tapi, yelah bukan rasa nak tengok selalu sebab asik nak drive keluar je. 2d1n rate masetu RM366 include tax untuk Deluxe Double. 

Sebelah hotel ni ada restaurant seafood. Kalau tak silap dah dekat sangat dengan Feringghi sebab ada satu hari tu drive waktu petang memang lalu bukit, along the way semua laut. Nice! Siap berenti tepi jalan tengok durian 😁


Actually bila sampai Penang macam clueless sikit nak makan ape. Semua orang cakap Nasi Kandar. Tapi, kat KL dah banyak Nasi Kandar. Disebabkan ada kerja sikit. so makan light lunch dekat Restoran Dapoqmimi. Erm, kedai ni memang banyak jual sup daging related. Satu periuk besar okay just daging. Tapi, sis rasa normal jelah sup dia. Maybe sebab mak sis power buat sup tulang.


Habis je satu urusan dekat Penang tu, sis takde idea nak pegi mana. So visit la tempat ni.. Dia cakap macam tempat conservation jugak. Seriously no idea. Tapi, nampak ada logo USM Apex kat situ. Oh yeah. Go go USM!!


So ini tempat dia. Ada jogging track kalau tak silap. Sebenarnya cantik. Tapi, nampak tak langit dah gelap nak hujan. Kami ni berpakaian smart casual sebab ada urusan pagi tu. Sangat panas okay. 


Siap ada jeti kat sini. Nasib la pakai kasut proper sikit. Kalau pakai heels memang masak la aku kat sini.


Second day tu as usual bangun lewat sikit kan. Puas google makanan ape lagi yang kami tak try lagi selain Nasi Kandar. Tapi, ada orang bagi idea try makan Mee Sotong.. I was like.. Apetuuuuu??


Google direct kami ke sini - Padang Kota Lama. Nak cari parking susah. Siap round 3x. Last-last jumpa last spot yang kena rentas padang. Still not bad. 


Now i know.. Mee Sotong ialah Mee goreng yang lebih kurang Mee mamak tambah sambal sotong. Sambal sotong dia nice la. Maybe sebab lapar jugak, rasa NIKMAT. Haha. Kat kedai ni pun ada jual coconut shake. 

Surprisingly, ini je yang sempat di-explore untuk trip ni. Tapi, drive KL ke Penang tu best. Especially feeling drive malam-malam lalu Penang Bridge! 

-Chow-


Sunday, 18 October 2020

PKPB/MCO edition: Dalgona nescafe & milo

 Harini bangun tidur je decide nak buat DALGONA!! 

Stuck dekat rumah lama sangat rasa stress la pulak.

So, here I am. 
Learning on how to do Dalgona LOL


Last time cuba guna hand blender. 
Seriously, sila jangan cuba hahaha. 
Mixer, atau kitchen machine is the best. Kitchen machine power sebab tak payah la pegang handle dia tu. 

Biar je dia jalan, letak speed paling tinggi. Dan kite pun boleh teruskan kehidupan dengan basuh pinggan ke ape.

Dalgona Nescafe:
1. Nescafe 3-in-1 (2 sache) atau 2 sudu
2. Gula 2 sudu
3. Air panas - 2 @ 3 sudu (Kalau bowl kitchen machine besar, letak lebih sikit. Kalau tak, tak gerak)
Then, blend jelah semua ni sampai jadi pekat macam buat meringue.

Dalgona Milo:
1. 4 sudu milo
2. Gula 2 sudu
3. Ovalette - 2 sudu (Kalau takde benda ni, sampai tumbuh muscle pun tak jadi Dalgona)
4. Air panas - 4 @ 5 sudu
Then, blend je smua. 

Letak ais + fresh milk atau apa-apa jelah jenis susu yang korang suka. Ada yg letak chocolate chip, Oreo.

Tadaaaaaa! Dalgona is done 😆


Sunday, 31 May 2015

Bali trip day-3

 3rd day trip, kaki dah rasa lenguh sebab sakan berjalan semalam. Muka pun dah tambah makin hitam. Pagi-pagi lagi supir dah bawak pegi kedai batik original made in Bali. Semuanya batik lukis tau.
Setakat yang jumpa kat sini, takde batik cap. Semua lukis.

Ada banyak design


So, lepastu diorang bawak pegi kedai jual batik. Kalau orang Malaysia boleh la negotiate sampai 40-50%.

Baju formal Bali. Kalau supir profesional akan pakai baju batik

Kualiti die bagus, kain pun tebal, tak cepat rosak

Scarf batik pun banyak.

Lepas pegi tempat batik, supir bawak pegi kedai silver. Semua handmade. Semua cantik, dan harga pun cantik jugak. Haha..




Sampai lunch time, kali ni supir seriously bawak makan lunch tempat halal. Happy okey. Maklum la semalam starving sampai tak larat nak jalan.

Restaurant ni ada certificate halal. So, sangat confident nak makan. Harga buffet lunch kat sini Rp 100,000. Boleh makan sampai pengsan termasuk coffee & tea. Tapi, kalau nak juice kena bayar sendiri.

Outdoor view retaurant

Semua best =)



Bayam goreng

My happy face. Dapat makan makanan halal

Btw, kat restaurant ni ada surau. Dapat la sembayang jamak. Air dia sejuk & bersih. Maybe sebab kawasan ni dekat dengan gunung agung.


Langit cerah, view cantik
Actually on the way ke restaurant ni akan jumpa tasik besar. View dia memang sangat cantik. Gunung Agung. Dulu gunung berapi ni active. Last skali meletus masa tahun 1960an. Sebab tu tanah kat sini nampak subur. Udara pun segar.

Tiba-tiba rasa nak mandi. Fresh je rasa

Kena matahari, tapi tak rasa panas 

I paling suka view kat sini

Gunung Agung

Tapi, yang tak syoknye, ada banyak betul orang yang jual barang kat tepi ni. Paksa beli sampai hard core selling. Make sure jangan janji nak beli atau kata "nanti ye".. sebab nanti die tunggu.

Holy spring.. tempat orang mandi air suci





Memang ramai orang mandi kat sini. Air jernih sebab memang ada mata air.
Air die memang sejuk. Beshh

Next, kitorang pegi Elephant Cave. Bentuk die mamang elephant.. as usual tempat-tempat ni semua tempat suci diorang.

Elephant cave




cave ni pendek je




Dan untuk dinner pulak kitorang dinner tepi pantai makan seafood. Dekat bali ni semua serba serbi mahal. Total makan untuk 2 orang je lebih Rp 200,000 untuk dinner seafood camni. So, bawak la duit lebih.


Memang setiap malam kitorang dinner kat sini sebab kat sini mostly halal. Tapi, kalau dah nama pun Bali, diorang tak boleh lari dari konsep payung colourful ni.




Setiap kali balik dinner je, balik bilik terus bukak KBS world dan dalam sejam terus Zzzzz...hehehe


Saturday, 30 May 2015

Bali trip day 2: A day to learn new things!

Day 2 in Bali, kami bangun awal sebab breakfast pun habis sampai pukul 10.00am je. Walaupun takde ape sangat nak makan. Untuk hotel review, I buat separately dekat link "hotel" section.

Kalau ikut tentative program, first visit nak pegi tengok cultural show. Dalam performance ni ada banyak characters. Monyet, barongan, and of course tak tinggal puteri. Ada funny elements jugak.


Just at the right time, memang banyak seat kosong lagi. Hehe. Banyak la tourist datang sini, dari Germany pun ada okey.



Lepas habis show, supir bawak pegi tengok Tegunungan Waterfall.

Tegunungan Waterfall dari jauh

Waterfall ni air dia memang jernih. Sebab kitorang tak bercadang nak mandi, so sentuh gigi air je. Tapi memang sejuk & jernih


Lepas pegi Tegunugan Waterfall supir bawak pegi Kebun herba tak jauh dari situ untuk tengok pokok herba & proses pembuatan kopi Luwak.

As a reminder, untuk Muslim. Kan Jabatan Agama Islam dah cakap yang kita tak boleh minum kopi luwak sebab dia ialah poo poo dari musang. Dare to drink? Hehehe.

Basically kalau waktu pagi, musang tu kena kurung camni. Bila malam, baru la die dilepaskan untuk cari makan. Katenye, musang ni pandai pilih kopi yang berkualiti je. Tu pasal la kopi luwak ni taste die pure & strong. Btw, I baca je, tak try pun..

Musang pun pelik, kenapa la poo poo die orang nak makan


Ikut explaination daripada orang kedai tu, dia cakap biji kopi ni ada kulit die. So masa musang buat poo poo, kulit kopi tu tak di-digest oleh musang. Lepas collect poo poo tu, die cuci dan salai atas kuali dengan kulit kopi. So, die cakap kopi luwak ni takde la kotor macam orang lain gossipkan. So, you judge ye.




Herba yang lain takde yang unik sebab sama je macam kat Malaysia macam kunyit, bunga lawang, serai, so takde yang unik.

Tapi, teh organic kat sini best. Masa tea tasting, ada multiple tea flavour. Ada yang fresh, strong, light, and yummy.

My favourite ialah teh serai. So, beli bawak balik sebab kat sini takde yang rasa fresh camtu.
Harga dia mak aihh mahal..

Btw, kat Bali ni takde benda yang murah.
Tea tasting


Kopi Luwak yang dah di pack
Masa lunch time, supir bawak kami makan dekat sini. View dia memang cantik. Cantik kann.. Tapi, malangnya supir tu lupa yang kitorang ni Muslim dan restaurant ni serve pork. Nasib la kami bawak Maggie. Sudahnye, order juice dan goreng pisang. Btw, jus nenas harga dia Rp 27,000. Lunch kat sini semua buffet, per head Rp 100,000.

Sawah padi

Nampak tak ada Maggie cup atas meja tuh. Hahaha
And, here you go.. My lunch.. Pisang goreng. Dalam cup tu bukan sambal kicap ye. Benda tu macam gula. Manis gila.

Next destination pegi Besakih temple. Besakih ni temple paling besar dan paling tua. Banyak history kat sini. Best sebab udara kat tempat ni segar. Jalan nak masuk tempat ni agak sempit. Tapi, view dia memang worth it!


Kalau nak masuk sini mesti kena pakai kain sarung. Supir dah pesan siap-siap untuk beli atau sewa. 
Lagi satu kat sini kena bayar entrance fee dengan tourist guide fee.

Tourist guide kat sini memang penduduk kampung sini. So, diorang memang keje jadi guide. Takde pendapatan tetap atau in short, korang kena bayar. No choice sebab nanti kat entrance tu die cakap kalau takde guide, takleh masuk. Sangat what the fish kan.. So, ktorang bayar jela dalam Rp 70,00 untuk 2 orang.

Entrance Besakih temple
 Kalau nak ikutkan orang Hindu kat sini macam lain sikit dari yang kat Malaysia. Sebab diorang ada buat korban lembu. Tetibe jadi confuse. 

Nampak macam panas, tapi ok je sebab berangin sejuk

Semua orang wajib pakai sarung

View dari bawah

Me and partner in crime



Memang puas hati dapat datang sini walaupun tourist guide kat Besakih ni materialistic sikit.
I lupa nak pesan. Sila pakai sun block kalau taknak hitam, dan makin hitam macam saya.





Throwback Penang trip 2017 (Oct)

Trip Penang kali ni macam tiba-tiba je rasa nak pegi. So, lepas kerja terus gerak drive ke Penang. Sepanjang perjalanan hujan lebattttt gila...