Saturday, 30 May 2015

Bali trip day 2: A day to learn new things!

Day 2 in Bali, kami bangun awal sebab breakfast pun habis sampai pukul 10.00am je. Walaupun takde ape sangat nak makan. Untuk hotel review, I buat separately dekat link "hotel" section.

Kalau ikut tentative program, first visit nak pegi tengok cultural show. Dalam performance ni ada banyak characters. Monyet, barongan, and of course tak tinggal puteri. Ada funny elements jugak.


Just at the right time, memang banyak seat kosong lagi. Hehe. Banyak la tourist datang sini, dari Germany pun ada okey.



Lepas habis show, supir bawak pegi tengok Tegunungan Waterfall.

Tegunungan Waterfall dari jauh

Waterfall ni air dia memang jernih. Sebab kitorang tak bercadang nak mandi, so sentuh gigi air je. Tapi memang sejuk & jernih


Lepas pegi Tegunugan Waterfall supir bawak pegi Kebun herba tak jauh dari situ untuk tengok pokok herba & proses pembuatan kopi Luwak.

As a reminder, untuk Muslim. Kan Jabatan Agama Islam dah cakap yang kita tak boleh minum kopi luwak sebab dia ialah poo poo dari musang. Dare to drink? Hehehe.

Basically kalau waktu pagi, musang tu kena kurung camni. Bila malam, baru la die dilepaskan untuk cari makan. Katenye, musang ni pandai pilih kopi yang berkualiti je. Tu pasal la kopi luwak ni taste die pure & strong. Btw, I baca je, tak try pun..

Musang pun pelik, kenapa la poo poo die orang nak makan


Ikut explaination daripada orang kedai tu, dia cakap biji kopi ni ada kulit die. So masa musang buat poo poo, kulit kopi tu tak di-digest oleh musang. Lepas collect poo poo tu, die cuci dan salai atas kuali dengan kulit kopi. So, die cakap kopi luwak ni takde la kotor macam orang lain gossipkan. So, you judge ye.




Herba yang lain takde yang unik sebab sama je macam kat Malaysia macam kunyit, bunga lawang, serai, so takde yang unik.

Tapi, teh organic kat sini best. Masa tea tasting, ada multiple tea flavour. Ada yang fresh, strong, light, and yummy.

My favourite ialah teh serai. So, beli bawak balik sebab kat sini takde yang rasa fresh camtu.
Harga dia mak aihh mahal..

Btw, kat Bali ni takde benda yang murah.
Tea tasting


Kopi Luwak yang dah di pack
Masa lunch time, supir bawak kami makan dekat sini. View dia memang cantik. Cantik kann.. Tapi, malangnya supir tu lupa yang kitorang ni Muslim dan restaurant ni serve pork. Nasib la kami bawak Maggie. Sudahnye, order juice dan goreng pisang. Btw, jus nenas harga dia Rp 27,000. Lunch kat sini semua buffet, per head Rp 100,000.

Sawah padi

Nampak tak ada Maggie cup atas meja tuh. Hahaha
And, here you go.. My lunch.. Pisang goreng. Dalam cup tu bukan sambal kicap ye. Benda tu macam gula. Manis gila.

Next destination pegi Besakih temple. Besakih ni temple paling besar dan paling tua. Banyak history kat sini. Best sebab udara kat tempat ni segar. Jalan nak masuk tempat ni agak sempit. Tapi, view dia memang worth it!


Kalau nak masuk sini mesti kena pakai kain sarung. Supir dah pesan siap-siap untuk beli atau sewa. 
Lagi satu kat sini kena bayar entrance fee dengan tourist guide fee.

Tourist guide kat sini memang penduduk kampung sini. So, diorang memang keje jadi guide. Takde pendapatan tetap atau in short, korang kena bayar. No choice sebab nanti kat entrance tu die cakap kalau takde guide, takleh masuk. Sangat what the fish kan.. So, ktorang bayar jela dalam Rp 70,00 untuk 2 orang.

Entrance Besakih temple
 Kalau nak ikutkan orang Hindu kat sini macam lain sikit dari yang kat Malaysia. Sebab diorang ada buat korban lembu. Tetibe jadi confuse. 

Nampak macam panas, tapi ok je sebab berangin sejuk

Semua orang wajib pakai sarung

View dari bawah

Me and partner in crime



Memang puas hati dapat datang sini walaupun tourist guide kat Besakih ni materialistic sikit.
I lupa nak pesan. Sila pakai sun block kalau taknak hitam, dan makin hitam macam saya.





No comments:

Throwback Penang trip 2017 (Oct)

Trip Penang kali ni macam tiba-tiba je rasa nak pegi. So, lepas kerja terus gerak drive ke Penang. Sepanjang perjalanan hujan lebattttt gila...