Sunday, 8 September 2019

Kereta total lost? Follow steps ni

2 bulan lepas, first car i telah kena declare sebagai total lost. Mula-mula macam tak percaya, sebab tengok rupa dia macam confident boleh repair. Macam mana boleh jadi macam ni? In short, second driver kereta ni bawak kereta dengan tenang. Tiba-tiba ada kereta dari belakang laju nak potong dekat double line. Dia panic, dan tiba-tiba dia pulak yang terbabas langgar pokok. So, ini la hasilnya.


First step, lepas langgar pokok kena buat report dekat balai dulu. Yelah, nak hantar claim insurance kan. Kereta ni bank value dalam RM13,000. So hantar ke workshop yg terdekat. Kalau nak claim insurance seeloknya hantar terus ke Perodua. I pakai Etiqa. Kalau perlu towing service ke ape, boleh deal straight. Call je hotline. Sebab ada yg provide towing free. 

Bila dah sampai workshop, dia akan mintak beberapa document:
1. Report polis
2. IC & lesen
3. Cover note insurance (better check email atau call insurance in case hilang)

Semua document ni kena submit dekat workshop. Seterusnya, ada banyak checklist workshop kena buat sama ada boleh repair atau tak. Insurance pulak akan hantar orang dia untuk evaluate kereta. Nak verify kes ni tally dengan report polis, dan check keadaan kereta tu. Dalam kes ni, Perodua cakap spare part dah tak ada. Reason being, sebab model Viva dah discontinue sebab sekarang kan focus Axia (Kalau dia tipu pun i tak tahu. heh). Jadi, mereka declare total lost.

Etiqa akan hantar surat kepada owner kereta which is Offer Letter sebab kereta tu dah beyond Economic Repair. Dan Etiqa akan minta beberapa document supaya Etiqa akan terus bayar kereta kita mengikut value kereta kita sekarang. 


Ni senarai document/barang yang kena get ready:

1. Geran kereta
I buat loan guna Bank Islam. So i call Bank Islam Automotif untuk get ready original geran kereta untuk di-collect. Dia boleh jugak courier. Tapi ambik masa beberapa hari.

2. Kunci kereta - Termasuk kunci pendua

3. Original cert by Takaful - Ni kena call insurance kalau takde 

4. Surat dari JPJ nak matikan road tax
Yang ini akan ambik masa dalam 3 jam. Apparently nak matikan road tax cuma boleh pegi state punya JPJ. Contohnya, kalau Selangor dekat JPJ Padang Jawa. Kalau KL dekat Wangsa Maju. 
- Bila sampai dekat JPJ tu kena isi borang. Just cakap nak matikan road tax sebab total lost. Bawak sekali report polis as supporting document. Ada sesetengah yg mintak, ada yang tak mintak. Bawak je, just in case. 
- Kalau korang nak claim baki road tax, kena lah prepare account number bank sekali. Fotostat siap-siap. Dalam kes i ni, malas dah nak claim pape. 

5. Redemption letter daripada bank yang kita buat loan (untuk konteks ni - Bank Islam). 
Untuk tau baki loan kita dekat bank. Ini akan ambik masa dalam 5 working days macamtu. NAK SUGGEST SETTLEKAN INI DULU supaya tak membuang masa korang. Cukup lah cuma masa i je yang dah terbuang. 
- Cara dia mudah je. Just call bank, request redemption letter sebab kereta dah total lost. Korang kena jugak attach sekali offer letter dari pihak insurance (Etiqa). Kalau korang tengok, dekat offer letter Etiqa tu ada letak section banker details bagai. Korang fill up je details korang, dan scan ke Bank. Pandai la depa isi dan sign.
- Lepas 5 hari bekerja tu korang follow up kat bank tanya bila boleh collect surat tu. 
- in case kalau korang rajin, dan terbayar lebih. Akan ada balance akan dapat (YES!!). So, sila sertakan no akaun bank untuk excess payment. Yeehaaaa

6. Matikan stem hasil RM10
- Memula i pun tak faham kenapa nak kena ada stem. Menyusahkan aje kan. Rupanya semua document yg kita prepare ni akan jadi official bila ada stem hasil. Ada undang-undang yg melibatkan bank dan segala pihak yg terlibat. Anggap jela macam processing fees. So, cara paling mudah ialah pegi je LHDN setel kat situ terus. 

Lepas lengkap semua dokumen tu, submit dekat Etiqa. Dalam 2 weeks katenye akan diproses. Watch out juga dekat surat bank. Dia ada bagi time frame dekat insurance untuk buat settlement baki hutang. 

So camtulah prosesnya. I rasa proses ni melecehkan. Mungkin sebab first time. So, semoga dengan panduan ni korang tak blur-blur ayam macam sis. I call bank beberapa kali. Yela, bukan hari-hari pun buat benda ni. Tak biasa. Kepada mereka yg sama nasib, harap bersabar ye. 



Throwback Penang trip 2017 (Oct)

Trip Penang kali ni macam tiba-tiba je rasa nak pegi. So, lepas kerja terus gerak drive ke Penang. Sepanjang perjalanan hujan lebattttt gila...