Monday, 31 August 2020

Kes kereta kena langgar lari - Macamana nak handle?

Actually kereta aku dah kena langgar 2x tahun 2019. Motif nak share kat sini sebab untuk first timer yang noob of course tak sure nak buat macamana. Sama lah kite. Cara nak handle situasi tu punting jugak. Hopefully ada la learnings in case ada yang clueless. 

Kes 1: Langgar lari dekat roundabout

Masetu aku drive dekat Bulatan Kewajipan. Bulatan ni memang benci sikit. Traffic jam. Belakang kereta aku ni kereta dah lama, manual. Yang bawak tu uncle. Dia hit sikit belakang kereta sis. Sis dengar bunyi, dan terus keluar kereta. Nampak plat kereta dia. Kereta tu lari. Tapi, sempat record plat number pakai phone. Kereta tu terus laju berambus dari tempat kejadian macam tak bersalah. 

Kelemahan Malaysia ialah kita tak cukup CCTV. Susah sangat nak tangkap orang yang bersalah melainkan ada bukti dari camera. Aku park tepi nampak dented. Tapi tak berapa obvious, in fact memang dented. Sis cuba tanya kawan. Dia cakap just buat report polis dekat balai. In case ada hint. 

Sis pun pegi balai dekat area Taipan sana. Lepas bagitau semua info contohnya tempat kejadian, no plat kereta orang yang langgar, ape yang jadi, so nanti dia akan bagi printed copy aduan tu. Lepastu dia akan forward kes ni dekat bahagian siasatan. Dekat section tu, nanti dia check la siapa owner kereta tu. Kereta warna apa. Untuk kes sis, dia cakap owner dia memang dah tua. Lesen masih hidup. Tapi, dia tak reveal nama, etc. Dia cuma mention akan call kalau dapat info. Sampai ke sudah tak dapat apa-apa info. Sedih la jugak. Mungkin polis rasa kes aku tak penting. Lagipun aku hidup lagi, boleh jalan. Anyway, tetap upset.


Kes 2: Kereta kena langgar lari dekat parking lot masa meeting

Kes ni agak bengang. Masa tu lepas raya tahun 2019. Sis pegi meeting dekat satu TV station dengan 2 orang colleagues. Park elok je kereta tu. Masetu jugak tak ramai orang park kereta sebab ramai masih cuti raya. Sis je gigih start kerja awal. 

Lepas habis meeting tu, rush balik office lepas meeting dekat TV station tu sebab nak kejar meeting seterusnya dekat office. Colleagues sis tu sis tinggal kat stesen TV sebab dia ada hal lain. Lama lagi nak setel. Bila sampai parking lot office, baru perasan kete sis dah kena langgar kat belakang. Masa pegi tu elok je sebab kami angkat barang dari boot kete. Camni la keadaannya.

Nampak ada scratch



Ahhh sudahhhh... Sis pun call kawan yang masih ada dekat TV station tu mintak tolong dia call security untuk check CCTV. Sebabnya sis punya kereta parking betul2 depan CCTV. Kesan marking menunjukkan kenderaan yg langgar tu kereta yg tinggi, atau mungkin ialah lori. Sis cakap kat security tu mintak access untuk CCTV. So sis kena isi borang untuk apply investigation. Security cakap dia perlu 24jam. Okay fine, sis tunggu. 

Sis ada nampak banyak lori load barang keluar. Kalau lori, maybe dia tak perasan pun langgar kereta. Itu yang paling benci. Security dekat TV station tu bagitau, takde pun kereta yang langgar kereta sis. HAHA!! Opismate sis siap tak pecaya. Sebab diorg kata masa kite sampai, kereta elok lagi. Security bagi few clips. Dia tunjuk ada 3 je kereta park spanjang sis meeting 3 jam kat situ. 

Okay, so sis pun proceed jelah dengan report polis. Polis tu pun selambe je. Again, takde bukti. Sis decide untuk claim insurance. Sis rasa agak penat dan decide nak balik rumah terus. Malas dah nak kerja. Takde mood. On the way ke rumah, sis dapat satu call daripada proton. Orang proton tu tanya sama ada sis involve dalam accident. So dia nak offer service. Dia tanya sama ada sis nak settle guna insurance atau repair sendiri. 

Soalan first dari aku ialah, Dari mana Encik dapat nombor phone saya? Hellooo of course daripada polis. So, gaisss jika nak business, awak tau mana nak pegi kan bagi mereka yang buat servis repair kereta kena langgar. Siap share no phone. Sis terfikir, kalau sis nak report polis sebab selambe je polis tu share no phone aku boleh kan? Ke macamana?

Tapi haritu mood aku baik dan jugak malas nak layan. So, sis follow jelah bro tu. Cakap nak claim insurance je sebab pegi bengkel nearby diorang sendiri suggest baik claim je. So, fine. 

Justification kat sini ada 2 option je. Nak repair kat workshop kalau cost setakat RM300. Lebih daripada tu, better claim. Tapi, nak claim pun ada cost lain contohnya cost dari segi masa. Nak kena naik Grab sebulan. Nak follow up case tu macam nak berperang okay. Haha

Sis ada juga baca yg ada kes boleh claim daily cost sementara kereta dekat bengkel. Tapi, disebabkan jenayah ni tak tau sape buat, dan claim guna insurance sendiri, memang takleh buat apa. 

Ni summary untuk steps:

1. Pegi bengkel nearby, estimate cost nak repair. Kalau kereta baru lpastu insurance pun discount tak banyak lagi kan. Boleh je claim insurance. Kalau nak repair sendiri, boleh tutup case.

2. Kalau nak proceed guna insurance, pegi report dekat balai

3. Cari location dekat service provider yang berdekatan. Tak semua tempat servis kereta boleh repair kes accident. Cuma, yang buat body & paint je boleh. Contoh tempat Proton aku pegi tu, location agak ulu. Nak dpt Grab pun susah. 

4. Call dulu tanya nak document apa lagi. Macam sis, kena bawa geran kereta, cover letter insurance.

5. Bila decide nak pegi bengkel tu, kosongkan kereta. Nanti nak balik naik Grab kan... 

6. Tanya leadtime repair. Kalau dia janji nak bagi update dlm 7 hari.. so boleh la call dlm 7 hari. Ikut experience, nak kena mengamuk dulu baru dpt update. 

7. Dari pihak insurance, diorang akan hantar someone untuk evaluate kes ni. Dalam masa seminggu keluar report. Bila dah approved tu, baru la Proton boleh start buat kerja repair. Nanti dia akan bagi checklist. Dari situ buat weekly follow up tanya dah sampai steps ke berapa. Macam kes sis, guna Takaful Malaysia. Official approval letter ada problem. Keluar lambat. So, kena lah call untuk follow up. Sis selalu call insurance masa on the way pegi kerja masa naik Grab haha. 


8. Dalam masa almost sebulan dengan follow up macam orang gila ni. Berjaya lah jugak ambik kereta semula. Actually agak stress tapi big thanks to Grab. Masetu sebab asik guna Grab + LRT, kumpul points banyak, redeem points jugak. 

Hopefully ada yang dpt benefit dengan post ni. 
Take care everyone!!




Throwback Penang trip 2017 (Oct)

Trip Penang kali ni macam tiba-tiba je rasa nak pegi. So, lepas kerja terus gerak drive ke Penang. Sepanjang perjalanan hujan lebattttt gila...