Tuesday, 24 March 2015

Friday night at Marina Bay Sands

Marina Bay Station

Sebenarnye kite baru je balik dari Singapore setelah dah agak lama jugak tak pegi sana untuk meeting, dating, jalan-jalan. Selalunya balik training je confirm collapse! Singapore ni kecik je, tapi ada banyak tempat best. Selalu rasa best sebab Singapore bersih, public trasport pulak sangat cepat.

Haritu kite bermalam dekat Hotel Ibis Novena. Ibis Hotel ni agak murah berbanding hotel lain area Novena. Rate per day dalam 138++ SGD kalau tak silap. Haritu kite book dekat Agoda, lepastu sebabkan kite ialah Digi members, dapat additional discount pulak. Yeay! Hotel ni sediakan breakfast, dan yang paling penting, FREE PARKING sebab kite drive masuk Singapore.

Ibis Hotel Novena

Tempat first yang kebanyakkan tourist pegi dekat Singapore of course la Marina Bay. Kenapa? Sebab mana lagi nak cari bangunan yang ada kapal dekat puncak. Walaupun kite drive masuk Singapore, pegi ke Marina Bay kite naik MRT sebab lagi murah. Agak susah nak cari tempat parking dan mahal.
Dari Novena ke Marina Bay cuma SGD 1.70 je untuk one way.

Marina Bay

Here you go, view dari bawah. Sebenarnye bangunan ni ialah hotel. Ada officemate cakap, kalau naik dekat atas kapal tu, boleh nampak satu Singapore. Tapi, sampai sekarang pun tak sure macam mane cara nak naik atas kapal tu sebab diorang cakap ada pub bagai kat atas, dan kena bayar (tak murah).

Water show, Marina Bay

Apa nak buat dekat Marina Bay? Tak sure nak buat apa kalau pagi sebab tak pernah pegi pagi. Anyway, dekat area Marina Bay ni ada berderet restoran seafood, dan macam-macam (cuma kena makesure halal sebab banyak tempat yang rasa ragu-ragu), boleh shopping jugak sebab ada shopping mall yang bertingkat-tingkat jual barang branded macam jam, handbag, perfume, cosmetic. Dan jugak boleh lepak-lepak tengok water and lights show. Yang ni agak interesting sebab masa sampai tu dah ramai yang duduk tunggu performance.


So, ni la dia shopping mall dalam Marina Bay. Kite takde rase nak shopping pun kat sini sebab tak tau nak beli ape sebab tak pakai barang branded. Heh~. Selain dari Marina Bay ni, dekat je dalam 5 mins walk, boleh pegi Gardens by the bay. So, boleh cover dua tempat dalam satu masa.

Kite rasa macam sihat duduk Singapore 2 hari. Sebab asik jalan je. Duduk KL asik nak carik parking paling dekat dengan pintu. Sangat pemalas.






No comments:

Throwback Penang trip 2017 (Oct)

Trip Penang kali ni macam tiba-tiba je rasa nak pegi. So, lepas kerja terus gerak drive ke Penang. Sepanjang perjalanan hujan lebattttt gila...