Tuesday, 28 March 2017

Soalan famous: Macam mana life buat part time weekend class MBA?

Hope i dapat tolong orang-orang yang tengah confuse, tapi tak tau nak tanya siapa. Sebab dulu i pun macamtu ada rasa tak pasti nak sambung MBA part time. Ada beberapa kawan whatsapp and message kat facebook tanya pasal life buat MBA part time. Yelah, sebab kadang2 ada jugak post gamba dekat fb and ig.

Ok, here you go.
Nak terangkan background life i before MBA dan lepas MBA.

Life before MBA:
- Normal working days: pegi keje sampai office 9am, sampai rumah average dalam 8-9pm.
- Kat office tgk handphone bila ada customer call atau nak call out sebab busy mak aih lari sana sini and always ade je issue/meeting/adhoc discussion.
- Balik rumah most of the time kalau extra rajin boleh balik 6.30pm pegi beli barang dapur utk masak, worst case makan luar. Most of the time, memang makan luar
- Kalau ada paperwork, kejar deadline memang lebam mata bukak laptop siapkan kat rumah. Ada lah beberapa kali dalam sebulan yg pack gile sampai terpengsan bila sampai rumah, terus tidur dan terjaga pukul 2am. Lepastu terus sambung buat keje opis sampai subuh.
- Weekend: Tidur, bangun lewat sikit, dan keluarrr hooreyyyy!!

Life after MBA:
- Normal working days: pegi keje sampai office 9am, sampai rumah average dalam 8-9pm.
- Kat office tgk handphone bila ada customer call atau nak call out sebab busy mak aih lari sana sini and always ade je issue/meeting/adhoc discussion.
- Malas nak masak. Rasa letih sebab weekend pun takleh tidur lama
- Kat opis handphone tak henti-henti whatsapp dpd classmate. Sometimes bincang gossip, homework, exam, dan lain-lain
- Bila dah hari Rabu, ada rasa sedikit kesedaran especially bila sabtu ada exam atau nak submit report/presentation
- Friday night?? OMG masetu la baru nak speed up buat homework!!!!
- Sabtu: Kelas petang from 2pm to 6pm. Untunglah kalau sekadar kelas. Normally mesti ada je benda nak submit, present, homework, exercise.
- Ahad: Kelas pagi from 9am-1pm. Muka pun lebam la kan sebab hari ahad kena bangun awal. Geram je tengok orang tarik selimut pagi ahad. Kalau lepas habis kelas hari ahad, esp kalau habis exam memang rasa nak berjimba atau lepak minum-minum dgn classmate release stress. Paling nerd, kau duduk lepak dgn groupmate discuss group assignment seterusnya.
- Kalau letih yang amat, balik kelas hari ahad terus reunion dengan katil. Haha
- Hari isnin pegi keje dengan keadaan agak lesu. So, makan lah vitamin.
- Benda paling BEST dalam hidup ialah masa public holiday yg jatuh hari weekend, dan jugak semester break. Masetu perasaan macam haiwan baru terlepas dari zoo dah 20tahun.
- Kenal erti study group esp bila nak exam sebab masing2 keje dan takde masa pun nak bukak buku.
- Ada beberapa kali kena ambik cuti sebab nak settle something. Kadang ambik half-day sebab nak kena buat assignment. Cari company mana-mana nak buat interview sampai aku rasa nak muntah darah bila nak cari company baru nak buat assignment. Tu aku tak story lagi pasal Academic Business Research. Lagi lah.. Yang tu mungkin the last chapter lah story. Hehe

Paling tak seronok masa buat MBA part time (weekend) ni ialah.. Bila kawan-kawan ajak keluar, mesti ko tak free. Yelah, takkan nak keluar weekdays. So, sabar la dalam 2 tahun ni. Semester break pulak, bila kau ajak kawan keluar, kawan kau pulak pegi somewhere. Stress aku. So, mereput lah jugak. And, lagi stress kalau sape yg sejenis kena kerja weekend cam aku kadang-kadang, maka terimalah azab bila ponteng kelas dan muka blur gila. Haha!

Lagi satu, kalau ko dapat bos yang tak faham and tak support ko buat master lagi lah. Memang best of luck jawapannya. Mesti dia takleh terima ko pegi keje muka lebam tak cukup tido. Kadang mintak cuti sebab nak setel something. Lunch time bile ko selak kertas homework tiba2 ada orang intai.

So, please jangan terpedaya sangat dengan tipu helah gambar kat fb. Memang nampak gembira. Tapi, banyak benda tak diceritakan. 

Walaupun meletihkan, tapi dia seronok. Seronok bila dapat pass through every phase. So, good luck!!