I cuma nak share. Dulu lepas spm i sambung matrik setahun dan terus grad dapat degree. Alhamdulillah perjalanan tu dipermudahkan tuhan. Dari segi bantuan keewangan pulak, masa degree tu dapat tajaan jpa. So takde concern nak langsaikan pinjaman ptptn.
Lepas almost nak grad tu, ada apply nak sambung master terus. Siap pegi interview dekat UM, dan apply USM untuk course Msc. Family jenis tak kesah nak sambung belajar. Tapi kite cam segan nak tanya boleh tak nak pinjam duit untuk sambung master dekat parents. Hurmm..
Walaupun i rasa parents akan bagi pinjam kalau mintak, tapi i choose not to. Cukup lah sampai degree. Yg lain kena berdikari sendiri. Lepas grad i kerja jadi RA kat usm. Konon ada niat nak sambung master by research. Tapi rasanya lambat sangat nak habis master kalau buat research. Masatu, kawan2 semua dah register untuk kos master full time coursework.
Untuk buat master, memang kena pakai duit bukan je untuk bayar yuran. Tapi untuk makan dan sara diri sendiri. Beli buku, fotostat, makan, minum. Semua kena fikir. I ni jenis duit kena sentiasa ada cash dalam tangan. Walaupun tak beli pape, mesti ada cash. Kalau tak, pening kepala takleh buat ape.
I rase master memang bukan untuk i kalau takde duit dlm tangan. So, i decide untuk simpan duit dan kerja dulu. Family i memang suka lah i tak jadi sambung master. Sebab katenye pengalaman kerja lagi penting. Cukup lah degree tu. Actually memang betul ape yg diorang nasihat. Degree je dah cukup nak apply kerja. Kalau bidang profesional lain macam accounting, kalau ada cert lebih membantu dapat kerja yg gaji bagus.
In the meantime i ada jugak apply untuk dapatkan scholarship. Pegi interview 2x. Dah dapat tapi scholarship tu cuma cover yuran belajar je. Sara hidup kena tanggung sendiri. Dan kalau fail kena bayar balik yuran dalam kiraan berganda. Hmm..
Berbalik pada kawan2 yg sambung master, kebanyakannya dapat bantuan mybrain. Tapi untuk master coursework kerajaan bagi bantuan RM10k untuk yang layak sahaja. Tapi bantuan ni akan dapat lewat sikit sebab kena sertakan sekali dengan offer letter universiti, pengesahan dari bendahari semua. So kena bersabar.
Bila dah start kerja. Ada banyak halangan yg membuatkan kita fikir seribu kali nak sambung master. Contohnya macam kite ni.. First year kerja memang asik kena travel sane sini sampai macam asik kena naik flight je. Sampai i tak terfikir pun nak apply master. Dan jugak halangan lain ialah bila kau kawan dengan orang yang dah jadi bos, dia sendiri dah ada master. Tapi die cakap buang masa je sambung master sebab tak guna pun untuk kerja. HAHA
So hati kena cekal. Kena tanya balik reason kau nak sambung belajar. Tahun ke-2 keje, lagi bertambah responsibility, scope, gaji dan semua bertambah. Menyebabkan kita terasa selesa dengan hidup sampai rasa master tak penting. Walau dalam hati ada niat. Hurmm
Nasihat: jangan tunggu sampai masa sesuai, comfortable untuk segala2nya baru sambung belajar. Sebabnya kalau kita nak tunggu masa tu sampai, semua orang dah habis doctorate baru kau nak isi borang. Haha. Tapi, still kena justify kenapa kita nak sambung master. Anggap lah pelajaran ni macam investment. Orang yg kaya raya, ramai je takde master and phd. So tepuk dada.
Dan..lepas almost 5 tahun i kerja in total, baru i apply isi borang. I dah delay niat baik aku ni 2 tahun. Sebab aku terlalu busy, dan aku tunggu bos aku ready dan terima kenyataan yg aku akan sambung belajar. I dah decide yg aku cuma nak sambung master part time weekend class je. Reason? Sebab I memerlukan duit untuk hidup dan bayar yuran. TAPI, dugaan paling best ialah lepas kau sambung belajar. Heee
Ingat ye. Jangan tunggu. Kite baru je daftar bln sept 2015. Baru habis sem 1. Nak tau tak? Masa subject pertama kelas, dah dapat assignment dan jadual test dan final. Lifestyle memang tak sama dengan degree kalau buat part time weekend class. Masa degree dulu lepak je makan tido terlentang. Kini tidak lagi.
Ade lah dalam 5 org drop kelas sebab tak tahan dan limitation dari segi keewangan dan masa. Macam i, bos cakap die akan bagi 1 hari rehat work from home. Tapi, I tak guna pun kelebihan tu sebab i nak rest bukan work from home. Hehe.. Kerja pulak makin banyak. Homework master cuma boleh sentuh lepas pukul11pm. Sebab before ni pun dah biasa stayback sampai malam kat office.
Ramai yang stress. Tapi, kawan2 kelas yg banyak bagi moral support. Kerja isnin sampai jumaat. Sabtu dan ahad nak hadap kelas. Tambah pulak presentation, paperwork, group project. Abah kau banyak gila. Stress tersangat sebab takde life langsung. Kalau kerja kat office stress, aku rasa macam depress teramat-amatnya. Tambah pulak kena marah pasal benda tak reasonable, lagi lah nak mencarut.
Mata memang lebam sepanjang 3 bulan ni. Rasa hati nak pegi kerja isnin tu memang berat rasa nak MC. Tapi apekan daya. No salary, no money, no master. Hahaha. So, kuatkan semangat. Rasanya takde benda yang mudah dalam hidup. So anggap semua ni macam treasure hunt.
Strong dari segi financial memang sangat membantu. So, jimatlah duit dan buang semua apps AirAsia, MAS, Lazada, groupon, dan lain2.. Haha
All the best.
14 comments:
salam..sy tgh kompius niy..dh setahun grad dip..kerja susa nk dpt..rse nk smbubg deg..tp umo dh 25thn..fkir ptptn lg..hmm..boleh bg pndpt..cri kje or deg?..buntu..
hello! So sorry lambat reply. Sekarang memang susah nak dpt keje. Tapi, kalau boleh just keje je wpun study field lain, tapi nak keje jadi assistant restaurant. Act ada byk keje yg boleh try wpun takde degree. Dont be surprise that ramai yg takde diploma tapi boleh earn good money. Good luck!!
Saya dari degree dpt terus buat phd..phd fast track...tapi hati saya masih berbelh bahagi samaada nk sambung atau tidak.Klau buat phd min kena 3 tahun..mcm lama pula...apa yg patut saya buat
Hi, wow dpt offer fast track terus!! Good opportunity tu. Depends field ape, kalau rasa buat phd untuk fields yg memang high demand why not. Seriously, kalau sy dapat of course terus accept and buat. But, kena betul2 buat sampai habis. Normally master paling cpt 1 year, and few months akan wasted before phd. Buat jelah terus. 3 years sekejap je tu.
Hai, em tapi kalau lepasan matrik tak sambung belajar macam mana?
Better cari opportunity sambung belajar at least diploma atau kalau rasa nak kerja terus, boleh cuba register SPA.
But,tak semestinya kalau tak sambung blaja tak success tau. Ingat tu.
Kalau rasa minat nak business, buat sampai jadi. Takde limit umur kalau nak belajar. Just mentality org malaysia je. But, bear in mind kat luar sana sgt competitive. Soft skill penting. Cari experience kalau taknak sambung belajar.
saya nak sambung master research tapi finance tak kuat. but in same time kerja as RA and dpt gaji. tapi saya risau pasal perbelanjaan and kesusahn nak finish master tu. btw, saya nak mintak pendapat mengenai scholarship yang senang dpt for master. boleh komen ke ? im still in dilemaa bcause of money. haha
Hi nak tanya, saya baru 20 year dah grad untuk diploma sekarang tengah kerja dalam account . NAk tanya pendapat sekarang tengah confuse nak sambung study or teruskan kerja. confuse sangat sebab sekarang kerja semua nak pengalaman . so how ?
confuse sangat sebab sekarang kerja semua nak pengalaman . so how ?
คาสิโนออนไลน์
@Shuhada Sukor: Scholarship depends on field. Kalau banking related banyak bank offer scholarship. Kalau science field kena rajin tengok page scholarship (http://scholarship-positions.com/).
@supersuperpendek: Accounting byk job opportunities. Kalau dpt offer keje try lah dulu. Study degree boleh buat part time weekend dekat UiTM pun ada offer.
Saya dalam dilema untuk sambung master atau kerja. Akan konvo bulan 10 2018. Saya fikir soal kewangan. Bidang saya sains sosial. Kebanyakan scholarship, pembiayaan mmg nak offer letter dlu kan?
Bidang yang saya minat tu pulak di USM. Sebelum ni 7 tahun diploma degree di UniSZA. Dalam masa yang sama, saya memikirkan keluarga. Anak sulung mmg besar bebanannya kan. Sebab tu saya konfius.
@Coffee Beast: Yups, smua scholarship kena ada offer letter dulu. Rasanya dlm masa ni baik sambung kerja dulu sbb fund utk sambung belajar macam tak banyak for now. Kena tunggu gov bentang budget 2019 sbb MyBrain pun fund makin susut. Other option, boleh buat part time. Tapi, tak smua cost ada part-time.
Assalamualikum .. nk minta pendapat/pandangan la.. sy lepasan diploma dan dh ada experience kerja 5 tahun. Sy dlm bidang architecture, lps tu sy smbg stdy degree..saya baru smbg blajar degree di sem 1. In the same time, tiba2 dapat tawaran kerja gomen dan klu accpt kena la lapor diri. Umur dah 27, belum kawin lagi.. haha.. so utk stdy ni duit ade pkai sikit dri simpanan sendri dan ade support family jgk.. ptptn akn apply, tpi degree ni 3 tahun..so dilema skrg nk smbg degree ni atau terima tawaran kerja gomen tu? Whic better?
@Kizro
Rasanya elok kerja dulu. Disebabkan single lagi, apa kata try kerja sambil part time study. Memang rasa siksa sikit, tapi berbaloi.
Post a Comment