Saturday, 24 October 2020

Throwback Penang trip 2017 (Oct)

Trip Penang kali ni macam tiba-tiba je rasa nak pegi. So, lepas kerja terus gerak drive ke Penang. Sepanjang perjalanan hujan lebattttt gila. Yes, masetu drive Viva. Rasa nak terbang jugak. Masuk Penang lalu bridge yang baru. Yeayyyyy!!


So sis duduk 2days 1 night je dekat Penang. Tak faham kenapa kejap sangat. Tapi, bawak sekali partner in crime as usual. Haha. Duduk dekat Hotel Sentral Seaview Penang @ Beachfront. Disebabkan last minute booking, banyak hotel dah penuh. Hotel ni not bad. Memang dapat seaview pun. Angin kuat. Kalau waktu pagi, panassss gila dekat luar. Hotel ni biasa je, cuma gambar dekat Agoda extra lawa. Tempat parking still ada walaupun check-in dah malam. 

View breakfast pagi macamni. Food selection dia not bad. 


Bilik ni memang dapat seaview. Tapi, yelah bukan rasa nak tengok selalu sebab asik nak drive keluar je. 2d1n rate masetu RM366 include tax untuk Deluxe Double. 

Sebelah hotel ni ada restaurant seafood. Kalau tak silap dah dekat sangat dengan Feringghi sebab ada satu hari tu drive waktu petang memang lalu bukit, along the way semua laut. Nice! Siap berenti tepi jalan tengok durian 😁


Actually bila sampai Penang macam clueless sikit nak makan ape. Semua orang cakap Nasi Kandar. Tapi, kat KL dah banyak Nasi Kandar. Disebabkan ada kerja sikit. so makan light lunch dekat Restoran Dapoqmimi. Erm, kedai ni memang banyak jual sup daging related. Satu periuk besar okay just daging. Tapi, sis rasa normal jelah sup dia. Maybe sebab mak sis power buat sup tulang.


Habis je satu urusan dekat Penang tu, sis takde idea nak pegi mana. So visit la tempat ni.. Dia cakap macam tempat conservation jugak. Seriously no idea. Tapi, nampak ada logo USM Apex kat situ. Oh yeah. Go go USM!!


So ini tempat dia. Ada jogging track kalau tak silap. Sebenarnya cantik. Tapi, nampak tak langit dah gelap nak hujan. Kami ni berpakaian smart casual sebab ada urusan pagi tu. Sangat panas okay. 


Siap ada jeti kat sini. Nasib la pakai kasut proper sikit. Kalau pakai heels memang masak la aku kat sini.


Second day tu as usual bangun lewat sikit kan. Puas google makanan ape lagi yang kami tak try lagi selain Nasi Kandar. Tapi, ada orang bagi idea try makan Mee Sotong.. I was like.. Apetuuuuu??


Google direct kami ke sini - Padang Kota Lama. Nak cari parking susah. Siap round 3x. Last-last jumpa last spot yang kena rentas padang. Still not bad. 


Now i know.. Mee Sotong ialah Mee goreng yang lebih kurang Mee mamak tambah sambal sotong. Sambal sotong dia nice la. Maybe sebab lapar jugak, rasa NIKMAT. Haha. Kat kedai ni pun ada jual coconut shake. 

Surprisingly, ini je yang sempat di-explore untuk trip ni. Tapi, drive KL ke Penang tu best. Especially feeling drive malam-malam lalu Penang Bridge! 

-Chow-


Throwback makan-makan trip JB & Pulau Tioman (2017)

Tiba-tiba rasa panic sebab banyak gambar macam dah hilang dekat phone. Oh no!
So kita backup apa yang boleh 😓

Sebenarnya bila kawan ajak jalan JB, macam tak tau nak ajak pegi mana. Sebab macam tak familiar sangat kat situ walaupun orang Johor haha! Trip bermula dengan kereta rosak sebab berasap. Walaupun kereta rosak, still happy sambil tunggu hero negara selamatkan. Ktorang rent Airbnb je. Cuma, rasa macam quality Airbnb ni sedih sikit sebab tak provide parking. Kereta park tepi jalan illegal je. Camtu pun boleh. Nama AirBnb ni Skysuites, Jalan Bukit Meldrum. 


Main highlight makan dekat JB ni mengikut kata orang JB ialah Nasi Serai dekat LC Catering. Dulu masa kawan aku kawin, makan Nasi beriani ke Nasi minyak dia. Yums, memang sedap. Kalau nak compare, of course prefer Nasi Beriani tu daripada Nasi Serai ni. 



Lepastu kalau jalan kat mana-mana boleh la try makan otak-otak sekali. Aku rasa version Johor paling sedap. Ada banyak jugak tempat jual frozen otak-otak. 


Lepastu, kawan aku pun ajak makan Original Cake. Yang macam cheesecake goyang tu. Dulu beratur panjangggggggg tak larat nak tunggu. Well, rasa dia biasa je. Hahaa. Best lagi rasa Cheesecake moist yang jual dekat AEON. 


Lepas potong jadi camni


Day-2 orang Johor kata kalau breakfast dekat Hutan Bandar paling best. So, pagi-pagi lagi dah drive keluar. 


Oh yessss!! Lontong kering ni memang AWESOME!! Kat situ ada tempe goreng garing sekali. Dekat sini jugak ada satu kedai paling hujung jual karipap sedap. Oh sila la beli karipap tu. Kat KL ni susah nak jumpa rasa karipap ikhlas yang rangup camtu. 


Lepastu soto pun ada. Lupa dah kedai mana


Oh kalau trip Johor, please makan Nasi Ambeng. Nasi Ambang (Jawa sebut Nasi Ambeng- baru sebutan betul hahahah) ni selalu orang jawa suka hidang kalau ada kenduri. Sedap ah makan campur-campur camtu. Kalau kenduri dulu dia hidang satu dulang je share 4-5 orang. Nasi Ambeng ni makan dekat kedai Mat Corner Nasi Ambang. 


Habis trip makan dekat JB ni, aku pun drive ke Mersing sebab nak pegi Pulau Tioman. Jalan straight je. Lagi elok daripada lalu Kluang ke Mersing yang macam roller coaster tu. Ambik boat pagi. 


Setiap kali sampai kat jeti rasa best


Duduk dekat Paya Beach Resort. First day sampai hujan lebat hahaha. So takleh la mandi sangat. 



Ni bilik dia. Besar sebenarnya. Kami dua orang je. 


Masetu tak ramai sangat orang masuk Tioman. Taman laut dia not bad. Tapi, masetu ada construction sikit. So, tak berapa fun. 







Sebenarnya kawan aku kena food poisoning before masuk Tioman. Kesian weh sebab aku je yang enjoy dengan makanan. 


So not bad la sini ada tempat nak ambik gambar hipster sikit. Walaupun aku lepas habis snorkeling tu tidur je. 




Awal pagi dah kena check out. Sebab maseni bulan 7. So ada 2 boat je yg available. Kalau keluar pulau petang sampai KL malam pulak. So, pukul 6.30am dah makan breakfast. 7am dah ada kat atas boat keluar pulau. Sobs. Rasa macam short trip pulak. 


See, gelap lagi dah siap breakfast. 


Next time kena try resort lain dekat Tioman. Kat area ni banyak batu depan tu. Susah nak mandi cari ikan. 

 

Sunday, 18 October 2020

PKPB/MCO edition: Dalgona nescafe & milo

 Harini bangun tidur je decide nak buat DALGONA!! 

Stuck dekat rumah lama sangat rasa stress la pulak.

So, here I am. 
Learning on how to do Dalgona LOL


Last time cuba guna hand blender. 
Seriously, sila jangan cuba hahaha. 
Mixer, atau kitchen machine is the best. Kitchen machine power sebab tak payah la pegang handle dia tu. 

Biar je dia jalan, letak speed paling tinggi. Dan kite pun boleh teruskan kehidupan dengan basuh pinggan ke ape.

Dalgona Nescafe:
1. Nescafe 3-in-1 (2 sache) atau 2 sudu
2. Gula 2 sudu
3. Air panas - 2 @ 3 sudu (Kalau bowl kitchen machine besar, letak lebih sikit. Kalau tak, tak gerak)
Then, blend jelah semua ni sampai jadi pekat macam buat meringue.

Dalgona Milo:
1. 4 sudu milo
2. Gula 2 sudu
3. Ovalette - 2 sudu (Kalau takde benda ni, sampai tumbuh muscle pun tak jadi Dalgona)
4. Air panas - 4 @ 5 sudu
Then, blend je smua. 

Letak ais + fresh milk atau apa-apa jelah jenis susu yang korang suka. Ada yg letak chocolate chip, Oreo.

Tadaaaaaa! Dalgona is done 😆


Tuesday, 6 October 2020

Fefeeling tourist idea 3: KL Bird Park (edisi PKP)

 


Post ni bukan nak encourage orang untuk keluar dari rumah setiap hari. Tapi, please tunggu sampai keadaan reda balik. Actually sis and the gang decide nak pegi Bird Park sebab dah bape tahun duduk Klang Valley tapi tak pernah pegi. 

Ideal time nak masuk tempat ni seawal mungkin. Tapi, kami nak gathering dulu. So 10.30am baru sampai sana. Sini panas sikit. Tapi, ada la tempat yang agak redup, boleh berteduh. Better datang seawal pagi. Dekat sebelah bird park ni ada restaurant kalau korang rasa nak makan dulu before masuk. Better bawak air sebab kat dalam tu air mahal. 


Social distancing kat sini not bad la. One thing sebab tempat ni luas. Cuma ada beberapa tempat yang sempit. Tapi, dia ada limit 20 orang boleh masuk camtu. Especially tempat bagi makan diorang ni. Haha. Nak bagi makan kena bayar RM2. But be prepared diorang terbang dari jauh zasssss terus lekat kat kau. 


Kids pun okay je. Kena berani. Dalam ni burung gangster sikit sebab gang dia ramai. 


Pastu korang please tunggu showtime dia. Highly recommended. Cute je diorang buat activity dengan burung tu. 


Actually sis takde preferred burung yang sangat teringin nak tengok. Datang dengan low expectation. Tapi, bila masuk agak surprised. Banyak gak spesies tak pernah jumpa. 


Bila tengok sini rasa lah jugak macam taman kat Singapore tu. Not bad. Cuma sape yang allergic bulu tu hati-hati sikit la. Tapi, kalau pakai mask okay dah kut. 


Tengok lah bebudak ni. Curious kan pegi tengok ada burung nak tangkap ikan haha


Disebabkan cuaca agak panas, so lighting cantik je. Sape suka photography memang best. Aku snap gamba pakai phone Huawei je. 



Sape tengok Harry Potter? I dont. Hahaha Tapi, geng burung hantu ni famous. Ada la dalam 6 ekor kat sana buat display


Aku suka pulak dengan burung ni. Sebab warna dia cantik. First time masuk tengok dia. Eh cantikkkk!! Terus follow dari jauh. 




Masa first masuk gate akan jumpa diorang ni. Riuh sekampung. Tak tau sembang ape tah


Btw, parking free je. Itu yang best. Balik je dari KL bird park ni, kitorang lunch dekat kedai ikan bakar. Dah dekat pun dengan area ni. Highly recommended datang sini. Aku rasa best. Kome boleh la try jugak. 

Tata~




Sunday, 4 October 2020

Feefeeling tourist idea 2 - Visit Tugu peringatan negara (edisi PKP)





Walaupun dah hidup dekat Malaysia lebih dari 30 tahun, tapi ni first time pegi melawat Tugu peringatan negara. Senang je nak cari. Just type dekat Waze "Tugu Negara". Jumpa la tu. 

Kalau tengok macam sedih sebab ramai yang mati nak selamatkan tempat ni masa zaman perang. Teringat pulak father sis askar jugak. Setiap kali hari pahlawan mesti dapat surat wish Selamat Hari Pahlawan. 


Mula-mula sampai sini rasa confuse sikit sebab rasa macam tempat ni bukan location yang asal. Rupanya betul. Tugu negara yang asal tu lokasi dekat depan stesen keretapi KL. So, kiranya dia dah alihkan. 


Nak datang sini mudah je. Cuma, elok datang awal pagi la. Nampak banyak kereta masuk sini sebab diorang pegi hiking. Tapi, yang nak tengok Tugu Negara tu tak ramai. Parking space agak limted. 

Tapi jangan risau, orang datang sini tak lama. So, kalau tunggu kejap nanti ada lah parking space tu. Tempat ni luas. So far bersih, terjaga, lawa. Instagram worthy jugak. Oh ya, jangan lupa practise social distancing dekat sini. Sis datang dengan kawan-kawan. Cover area ni dalam masa 20mins je sebab matahari terik sangat. Sampai sini dalam 2pm panassssssss gila. Chow! 👧

Add caption



Throwback Penang trip 2017 (Oct)

Trip Penang kali ni macam tiba-tiba je rasa nak pegi. So, lepas kerja terus gerak drive ke Penang. Sepanjang perjalanan hujan lebattttt gila...